Pertandingan
dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PAS mungkin berlaku
pertembungan antara penyandangnya Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri
Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah walaupun Ketua Penerangan
PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat pencalonan terbanyak bagi
jawatan itu.
Pertembungan antara Mohamad dengan Mohd Amar akan menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara kumpulan ulama dan bukan ulama.
Mohamad sudah mengesahkan sejak dari awal lagi akan mempertahankan jawatannya itu dan kempen secara rasmi juga bermula melalui Facebook apabila satu akaun "Matsabu4tp" dibuka.
Tuan Ibrahim sehingga kini masih belum membuat keputusan walaupun dikatakan lebih bersedia untuk bertanding jawatan naib presiden sahaja kerana belum bersedia menggalas jawatan nombor dua PAS itu buat masa ini.