KUALA LUMPUR: “Saya
mengharapkan penerimaan pencalonan untuk jawatan Timbalan Ketua dan
serahkan kepada perwakilan kelak,” ujar Naib Ketua Dewan Pemuda PAS
Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.
Menurutnya, setelah
menerima makluman daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS tentang pencalonan
yang telah diterima daripada Dewan Pemuda PAS kawasan-Kawasan, beliau
akur dengan setiap pencalonan yang telah diberikan kepadanya.
Beliau
telah menerima untuk ketiga-tiga jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS
Malaysia bagi jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua.
KUALA LUMPUR: Naib
Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengumumkan menarik diri daripada
bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti sempena
muktamar yang bermula 22 hingga 24 November ini.
Menyatakan hal
itu kepada Harakahdaily, beliau memaklumkan tiada keperluan untuk beliau
bertanding jawatan nombor dua parti itu setakat ini.
"Saya merasakan tidak ada keperluan untuk saya buat masa ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.
"Saya
mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan
saya untuk jawatan ini dan terharu diatas kepercayaan yang sangat
bermakna kepada perjuangan saya selama ini," katanya.
SHAH ALAM - Di sebalik orang ramai masih berteka-teki keputusan pemimpin
Pas yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden, Ketua
Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan sedang
"meninjau" pencalonan jawatan tersebut.
Tuan Ibrahim berkata, beliau telah menerima tiga pencalonan untuk
jawatan tertinggi parti iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK
Pas Pusat melalui surat yang diterimanya secara rasmi, semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan akan diumumkan pada 8 November selepas melakukan penyerahan borang jawapan.
"Saya baru terima surat semalam, saya ada tiga pencalonan.
KUALA TERENGGANU
– Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik menjadi
pemimpin pertama yang menyatakan kesediaannya menerima pencalonan
bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Kali
ke-59, pada 22 hingga 24 November ini.
Beliau menerima ‘tawaran’ bertanding calon Naib Presiden setelah
membuat pertimbangan serta perbincangan dengan rakan-rakan dalam parti.
Menurutnya, ia adalah penting bagi beliau sama-sama berada dalam
kepimpinan tertinggi PAS yang merupakan sebuah gerakan Islam dan parti
politik yang relevan di tanah air.
“Saya ingin membuat sedikit pengumuman berkaitan dengan pencalonan
yang saya terima untuk Naib Presiden PAS dan juga Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat.
Datuk
Husam Musa (gambar) hanya akan membuat keputusan untuk bertanding
mana-mana jawatan tertinggi parti selepas Ketua Penerangan PAS, Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man membuat keputusannya.
Husam berkata, ini kerana tumpuan ahli PAS sekarang adalah kepada
pendirian Tuan Ibrahim sama ada mahu bertanding atau tidak khasnya
jawatan timbalan presiden.
"Ahli PAS sangat berharap kepada beliau untuk bertanding. Jadi sehingga
beliau membuat apa-apa keputusan, saya masih membuat pertimbangan dan
berbincang dengan semua peringkat parti," kata Husam ketika dihubungi.
Husam kini dalam misi lawatan kerja ke Kurdistan dan antara yang beliau
temui adalah keluarga Salahudin Al-Ayubi, tokoh Islam yang terkenal
serta pemimpin parti dan gerakan Islam di sana yang kebetulan pengikut
Sunni bermazhab Shafei.
Belum habis penat berkempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau,
perhatian semua pihak khususnya penyokong PAS kini bertumpu pada
pemilihan jawatankuasa parti pada 21 November depan.
Tentunya,
pemerhati politik semakin galak mengintai peluang ayam sabung PAS
Mohamad Sabu sama ada boleh mempertahankan jawatan timbalan presiden
yang disandangnya sejak dua tahun lalu.
Sebelum ini wujud desas-desus usaha menyingkirkan Mohamad, namun kemudiannya perkara itu dinafikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.
Ia
ekoran 'lobi' kumpulan proagamawan yang kuat dalam PAS, terutamanya
Dewan Ulama, yang mahukan agar jawatan tertinggi dalam parti Islam itu
diisi oleh golongan ulama.
Berdasarkan perkembangan semasa,
peluang Mohamad - yang telah menyatakan pendirian mempertahankan jawatan
itu - dilihat kembali cerah sekalipun berdepan laluan sukar.
Selain
beliau, empat lagi tokoh dicalonkan ke peringkat itu, termasuk dua naib
presiden - Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa - serta Ketua Penerangan
Datuk Tuan Ibrahim Tun Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk
Mohd Amar Abdullah.
Bagaimanapun, Salahudin dan Husam setakat ini tidak berhasrat
mencabar Mohamad, sebaliknya dijangka mempertahankan jawatan disandang.
Ia sekali gus, membolehkan Mohamad menarik nafas lega buat masa ini.