KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Ustaz Idris
Ahmad memutuskan untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada
pemilihan parti bagi sesi 2013-2015, sebaliknya hanya menerima untuk
bertanding di peringkat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Ketika
dihubungi Hrakahdaily, hari ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu
berkata keputusan yang dibuatnya itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak,
sebaliknya telah diperhalusi beliau sendiri.
"Saya fikir,
cukuplah untuk AJK. Belum masanya untuk saya bertanding untuk jawatan
naib presiden. Apa yang penting, bagi saya untuk memastikan parti dalam
perjuangan yang diterima masyarakat, yang boleh menjadi amal soleh
apabila kita mati kelak," tegas beliau.
Dalam pada itu, beliau
turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kawasan yang mencalonkan
beliau untuk kedua-dua jawatan tersebut, bagaimanapun memohon maaf
kerana menolak pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden
Thursday, November 7, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Ust. Nor Azam teraju baru Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
JEMPOL: Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan menerima teraju baru apabila Ustaz Nor Azman Mohamad dipilih sebagai ketua dewan itu pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan kali ke-28 baru-baru ini.
Muktamar pemilihan itu berlangsung di Muassasah Darus Syarif, di sini di mana menyaksikan Nor Azman telah menang tanpa bertanding sekaligus menggantikan Mohd. Khairil Anuar Mohd. Wafa yang tidak mempertahan jawatan.
Beliau juga sebelum ini adalah bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan.
Dalam ucapan penangguhan beliau, Nor Azman berkata pemuda harus berusaha dalam membina jaringan bagi melebarluaskan keterlibatan dalam masyarakat.
PEMILIHAN PAS!!! Terkini, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man terima pencalonan jawatan Naib Presiden PAS
Keputusan penerimaan pencalonan
Terdahulunya, saya ucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya dalam mesyuarat Agong PAS kawasan masing-masing.
Pencalonan ini adalah satu penghormatan tinggi kepada saya. Setelah surat pencalonan yang dihantar oleh Jawatankuasa pemilihan, saya dapati ada tiga jawatan yang dicalonkan, iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat. Saya berasa amat bertuah atas kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh kalian semua.
Di dalam perlembagaan PAS, hak pecalonan diberikan sepenuhnya ke PAS kawasan, manakala yang dicalon pula diberikan hak untuk menerima atau tidak menerima.
Keputusan seseorang calon untuk tidak menerima pencalonan bukan bermakna calon tidak menghargai pencalonan kawasan; manakala keputusan menerima pula tidak harus dilakukan sekadar untuk alasan merai kehendak kawasan.
Pada pandangan saya, kepimpinan adalah amanah besar yang perlu dipikul di dunia sampai ke akhirat. Kerana itu, keputusan menerima atau tidak menerima perlu dilakukan berdasarkan kemampuan seseorang untuk memikul amanah tersebut. PAS kini berhadapan dengan cabaran besar masa depan dan muafakat dalam Pakatan Rakyat yang perlu diperkukuhkan serta ukhuwah jamaah yang perlu diperkasakan, antara faktor penting dalam penilaian kemampuan menerima atau tidak sesuatu jawatan itu.
Walaupun saya amat menghargai kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh PAS kawasan yang mencalonkan saya ke jawatan Timbalan Presiden, namun pada saya, jawatan itu adalah sangat besar dan diluar kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.

PEMILIHAN PAS!!! Poll Timbalan Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu atasi Dato' Tuan Ibrahim
Poll undian Timbalan Presiden PAS terkini 14 hari sebelum ditutup menyaksikan undian untuk Haji Muhamad Sabu kini mengatasi undian untuk Dato' Tuan Ibrahim.
Jika sebelum ini undian untuk Dato' Tuan Ibrahim mengatasi undian untuk Haji Muhamad Sabu , pada hari ini undian kepada Haji Muhamad Sabu sudah mengatasi .
Undian untuk Haji Muhamad Sabu sebanyak 27%, manakala undian untuk Dato' Tuan Ibrahim sebanyak 26%.
Bagaimanapun undian untuk Dato' Husam Musa masih berada di hadapan dengan memperolehi 41% dari jumlah undian.

PEMILIHAN PAS!!! Ulama mampu rebut semula naib presiden PAS
Kebangkitan mereka kali ini antaranya didorong oleh kegagalan mendapat tempat dalam pemilihan 2011 apabila dua 'heavyweight' agamawan PAS - Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad (kiri) - kecundang kepada penyandang sedia ada.
Kecuali pemilihan lalu, dalam tempoh sepuluh tahun terakhir, ulama sentiasa menjadi pilihan perwakilan sebagai salah seorang naib presiden bagi bergandingan dengan calon-calon profesional PAS.
Tokoh-tokoh pilihan naib presiden sebelum ini, Tan Sri Azizan Razak (2003), Datuk Dr Hasan Ali (2005), Ahmad Awang (2007) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (2009).
Dalam pemilihan kali ini, lima daripada 10 pemimpin yang dicalonkan PAS kawasan terdiri daripada golongan ulama, iaitu Tuan Ibrahim, Mohd Amar, Idris, Datuk Abu Bakar Chik dan Nasrudin Hassan.
PEMILIHAN PAS!!! Penyandang tak terkesan berdepan calon baru
KUALA LUMPUR - Tindakan perwakilan menghantar sehingga 12 nama calon
untuk jawatan naib presiden seharusnya dilihat secara positif
memandangkan ramai pihak yang diberi penghormatan untuk berkhidmat
kepada parti.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu membuktikan Pas tidak ketandusan calon bagi menjawat jawatan ketiga tertinggi dalam parti.
“Itu terpulang kepada perwakilan, tiada masalah kepada penyandang apa jua jawatan sekalipun untuk berdepan dengan orang lain yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti.
“Penting bagi saya, adalah untuk berkhidmat kepada parti dan bukannya mencari apa jua kedudukan dalam parti kerana ia bukan ada apa-apa yang boleh mengenyangkan dan memenuhkan poket,” katanya.