Sebagai seorang profesional dengan latarbelakang sebagai seorang peguam,
Asmuni Awi telah memperliharkan sikap terbukanya apabila beliau turut
mengalu-alukan sebarang penganjuran debat secara terbuka di antara calon
yang bertanding dalam Muktamar PAS ke-59.
Ini, katanya, bagi
menggalakan kempen secara sihat. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa
Pemilihan PAS Pusat di mana beliau mengumumkan ini di sidang akhbar di
Pejabat Agung PAS, Sabtu lalu.
Menurutnya, dengan debat terbuka,
kedua-dua belah pihak akan dapat menjelaskan pandangan, pendirian serta
visi mereka dalam usaha memenangi hati perwakilan.
Debat ini
juga, katanya, akan memperlihatkan kematangan PAS dalam memilih pemimpin
berbanding Barisan Nasional yang masih kekal dengan tradisi lama.
"Ia
memberi ruang kepada calon untuk berkempen secara bersemuka untuk
diteliti oleh perwakilan. Tidaklah seorang bercakap di sana, dan seorang
lagi bercakap di sebelah sini," kata Asmuni.
Beliau percaya, mungkin ada calon yang bertanding pada pemilihan kali ini akan menganjurkan debat terbuka.
Dengan
pengumumannya ini, kini pelbagai pihak sedang menunggu inisiatif
menganjurkan debat tersebut, sama ada dianjurkan oleh pihak NGO atau
pihak callon PAS sendiri di mana ia perlu diadakan sebelum Muktamar 22
Noember ini.
Tuesday, November 12, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Siti Zailah impikan muslimat yang berani
KUALA LUMPUR:
Siti Zailah Mohd Yusoff yang mempertahankan jawatan Ketua Dewan
Muslimat PAS Pusat (DMPP) bersedia memantapkan kepimpinan DMPP dalam
menghadapi suasana politik yang semakin mencabar.
Beliau berkata, kepimpinan yang mantap dari sudut jasmani dan rohani amat perlu untuk mendepani isu-isu semasa khususnya melibatkan wanita.
Di samping berazam meneruskan misi dan visi sebelum ini, Siti Zailah juga mahu melihat saf kepimpinan muslimat lebih maju dan berani mendepani segala cabaran.
"Saya akan teruskan dasar muslimat yang sedia ada dan saya melihat dalam suasana politik hari ini perlunya kepimpinan muslimat yang mantap.
"Dalam kita menerajui sebuah organisasi kita perlu kepimpinan yang mantap yang boleh menggerunkan musuh.

PEMILIHAN PAS!!! Dr Mariah mahu teruskan agenda wanita Malaysia
KUALA LUMPUR:
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr Siti Mariah Mahmood
yang mempertahankan jawatan pada pemilihan Muktamar Dewan Muslimat PAS
kali ke-53 berjanji akan menyambung visi untuk menguatkan tahaluf siyasi
dengan wanita Pakatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Menurut beliau, dalam tempoh sepenggal kepimpinan DMPP yang dipilih pada muktamar 2011 lalu telah berjaya mengadakan pelan tindakan bersama visi agenda wanita Malaysia.
Bagaimanapun katanya, masih banyak perancangan atau pelan tindakan yang belum dapat dilaksanakan kerana keterbatasan waktu menghadapi Pilihan raya Umum ke-13.
"Banyak perkara sebenarnya yang kita jalankan baru separuh. Dalam masa dua tahun kita tidak sempat buat semua, sebab itu saya menawarkan diri setelah dicalonkan oleh kawasan untuk mempertahankan jawatan Timbalan DMPP," katanya.