Sebagai seorang profesional dengan latarbelakang sebagai seorang peguam,
Asmuni Awi telah memperliharkan sikap terbukanya apabila beliau turut
mengalu-alukan sebarang penganjuran debat secara terbuka di antara calon
yang bertanding dalam Muktamar PAS ke-59.
Ini, katanya, bagi menggalakan kempen secara sihat. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat di mana beliau mengumumkan ini di sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Sabtu lalu.
Menurutnya, dengan debat terbuka, kedua-dua belah pihak akan dapat menjelaskan pandangan, pendirian serta visi mereka dalam usaha memenangi hati perwakilan.
Debat ini juga, katanya, akan memperlihatkan kematangan PAS dalam memilih pemimpin berbanding Barisan Nasional yang masih kekal dengan tradisi lama.
"Ia memberi ruang kepada calon untuk berkempen secara bersemuka untuk diteliti oleh perwakilan. Tidaklah seorang bercakap di sana, dan seorang lagi bercakap di sebelah sini," kata Asmuni.
Beliau percaya, mungkin ada calon yang bertanding pada pemilihan kali ini akan menganjurkan debat terbuka.
Dengan pengumumannya ini, kini pelbagai pihak sedang menunggu inisiatif menganjurkan debat tersebut, sama ada dianjurkan oleh pihak NGO atau pihak callon PAS sendiri di mana ia perlu diadakan sebelum Muktamar 22 Noember ini.
Read more ...