Kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan balai polis.
PETALING
JAYA: Lima badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pemuda Umno hari ini
membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin
yang didakwa sebagai dalang menghasut rakyat turun menyertai Himpunan 31
Disember.Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Memartabat Jaringan Melayu Malaysia (MJMM), Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, serta Bridget Kesatria Mahasiswa masing-masing mengemukakan laporan polis di Balai Polis Damansara di sini petang tadi.
Turut diserahkan beberapa bukti bergambar dan salinan video rakaman ucapan Rafizi dan Badrul, atau dikenali CheguBard.
Sejurus selepas selesai membuat laporan, kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan balai polis.