Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kesal debat mengenai polemik kalimah Allah dibatalkan.
Beliau meluahkan rasa kesal gagal membetulkan kenyataan timbalan
pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dan mahu penganjur memberi
penjelasan kerana seolah-olah dipermainkan.
"Saya merasa kesal dengan pembatalan debat yang telah dirancang. Inilah
masanya untuk saya 'sekolahkan' Khalid Samad yang sering mengeluarkan
kenyataan yang mengelirukan dalam isu kalimah Allah.
“Saya tetap ke Karangkraf hari ini untuk mendapatkan penjelasan daripada
mereka kerana saya rasa seolah-olah dipermainkan oleh pihak penganjur,"
tulis beliau di laman Twitter hari ini.
Sementara itu Khalid (kanan) membalas dalam blog beliau bahawa
pembatalan debat itu "sudah dijangka" dan beliau tidak berminat membuat
sebarang andaian.
"Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya
bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan
(kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'.
“Mengapa mereka lepaskan peluang ini? Mungkin kerana mereka pun sudah
tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh,"
tulis beliau di laman blog. 27/1/14
No comments:
Post a Comment