Thursday, January 16, 2014

PERANGAI BUSUK PERUT!!! Sendiri lulus, sendiri bantah, Inilah perangai hipokrit UMNO

PAS hari ini mempersoalkan niat sebenar Umno membantah pembinaan gereja Methodist di Tanjung Karang apabila mengambil kira sejarah penjualan tapak gereja yang berlaku sewaktu Selangor diperintah Umno dan BN sekitar tahun 80-an.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini berkata, bersikap hipokrit apabila pada satu waktu dahulu membenarkan urusniaga itu yang jelas untuk tujuan pembinaan gereja tetapi kini membantahnya pula.

Beliau merujuk kepada demo Umno Tanjung Karang yang membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang, pada 9 Januari lalu.


"Kini, mereka jadikannya satu isu nak tunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat ini berikan tanah kepada orang bukan Islam untuk bina gereja.

"Tanah ini tanah untuk gereja sejak 80-an," kata Khalid. Hadir sama pada sidang media petang ini adalah Naib Yang Dipertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman.

Menurut Khalid lagi, hasil carian dengan pejabat tanah dan daerah mendapati Lot 178 di mukim Tanjung Karang itu dijual oleh pemilik asalnya kepada Setiausaha Majlis Pemegang Amanah (Malaysia Barat) Gereja Methodist Malaysia untuk tujuan pembinaan gereja pada tahun 26 April 1982.

Khalid berkata, PAS Tanjung Karang maklum gereja itu dibina di kawasan Melayu namun jelasnya pihak gereja Methodist telah mempunyai hak untuk berbuat demikian sejak lebih 30 tahun lamanya.

Menurutnya, PAS Tanjung Karang mengambil pendirian "tidak menyokong dan tidak juga membantah" pembinaan gereja tersebut selepas menyelidiki latar belakang peristiwa yang membawa kepada pembinaan gereja itu.

Katanya, keluasan tapak gereja itu yang hanya 14 ribu kaki persegi tidak menjadi isu kerana ia hanyalah sebesar satu lot rumah banglo yang mampu memuatkan sekitar 30 hingga 40 penganut Kristian pada satu-satu masa.

"Tempat ketiga termulia bagi org Islam iaitu Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, di sebelahnya ada gereja yang wujud sejak sebelum zaman Nabi Muhammad.

"Saidina Omar sendiri menziarahinya apabila sampai di Baitulmuqaddis.

"Ini saiz (gereja Tanjung Karang) lebih kurang lot banglo sahaja, janganlah nak beri gambaran seolah-olah ia sebesar Masjid Negara.

"Bagi PAS, ia hak orang Kristian dan ia tanah yang dibeli dan ditukar syarat khas untuk (dibina) gereja.

"Kenapa Umno tak bising dahulu?" soal Khalid sambil mendakwa ia merupakan strategi politik untuk melagakan orang Islam dan orang Kristian.

No comments:

Post a Comment