KUALA LUMPUR 7 JAN: Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr
Chandra Muzaffar hari ini menarik balik kenyataan berunsur fitnah yang
dibuatnya terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penarikan balik kenyataan tersebut dibuat Chandra di Kamar 3,
Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada
pendengaran kes saman RM10 juta yang difailkan Anwar terhadap Chandra
lebih 5 tahun lalu.
Tiada sebarang kos dan ganti rugi ditetapkan mahkamah.
“Pihak defendan dengan ini menarik balik keseluruhan
perkataan-perkataan seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 4(I)B dan
4(II)B di dalam pernyataan tuntutan terpinda,” ujar peguam Firuz
Hassan, yang mewakili Chandra di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik
Mohammad bagi memohon penyelesaian terhadap kes saman berkenaan.
Anwar Pada 6 Mac 2008 mendakwa Chandra telah membuat komen berunsur
fitnah terhadapnya dalam satu forum bertajuk “Malaysia Decides 2008″
anjuran Star Publication Berhad di Menara Star,Petaling Jaya pada Mac
2008.
Kenyataan berunsur fitnah oleh Chandra itu kemudian disiarkan oleh
akhbar The Star dengan tajuk “Disaster if Anwar is PM” (Malapetaka
besar, jika Anwar jadi PM).
Pada penghakiman hari ini, Anwar hadir dengan diwakili Peguam N.Surendran dan Latefa Koya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58045
No comments:
Post a Comment