Permainan bertemakan sayur popular itu kini mempunyai aplikasi permainan di sistem pengoperasian Android kelolaan gergasi Internet Google yang digunakan meluas di telefon pintar dan tablet.
Permainan yang diberi nama “KangKung” itu dibangunkan oleh kumpulan yang dikenali Qotak Company pada 23 Januari lalu, antara lain didorong oleh popularitinya selepas 'flash mob kangkung' anjuran wakil rakyat PKR Lee Khai Loon.
"Kami membina game (permainan) ini sekadar suka-suka dan tema kangkung menjadi pilihan kami kerana ia topik terhangat kini di Malaysia.
"Game ini dibuat untuk dimainkan secara santai-santai – tak perlu tension! Tugas anda mudah saja, kumpul seberapa banyak kangkung yang boleh. Cubalah hari ini!" demikian menurut penjelasan permainan itu yang boleh dimuat turun melalui laman Google Play.
Setakat berita ini ditulis, seramai 17 orang telah mengulas mengenai aplikasi permainan itu yang rata-ratanya terhibur sementara 15 daripadanya memberi lima bintang.
"Sempoi bag (beritahu) hang. Terbaik dari ladang," kata pengulas yang dikenali sebagai Hairi.
"Wakakakakaka, patutnya kena letak Najib yang kumpul kangkong-kangkung," ulas Salmah Sulaiman pula.
'Kangkung Converter'
Selain permainan, terdapat juga aplikasi lain yang mana pengguna boleh memuat turun pelbagai wallpaper bertemakan kangkung, termasuk 'Lenggang Kangkung' dan 'Kangkung McKangKung'.|
Malah, ada juga aplikasi dikenali 'Kangkung Converter' yang membolehkan pengguna mengira harga sesuatu barang dengan nilai berat sayur itu.
Antara contoh diberikan, pengiraan sebuah telefon pintar berharga RM1,489 yang bersamaan dengan 496kg kangkung.
Sebelum ini terdapat sebuah permainan lain yang menjadi popular kerana menyindir isteri perdana menteri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembelian cincin mahal RM24 juta – dakwaan yang dinafikannya.
Lepas ni ada permainan rampas kuasa pulak . Macam Selangor...PAS dapat apa ?
ReplyDeletePAS dapat apa? dapat perintah Selangor bersama PR. Umno dapat apa? dapat noh omar si bacul debat
ReplyDelete