Saturday, January 18, 2014

NAJIB BERUNDUR?!!! Muhyiddin tak layak, Mahathir dicadang ganti Najib


KUALA LUMPUR: Walau ‘sepandir’ mana pun cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya dibawa kembali Tun Mahathir Mohamad ke Putrjaya, satu hakikat yang benar dari kata-kata dan cadangan itu ialah barisan kepimpinan hari ini sudah ternyata tidak lagi berguna kepada rakyat negara ini lagi, tulis Aspan Alias.

Daripada pemimpin menyelesaikan masalah rakyat, rakyat pula yang terbeban untuk menyelesaikan masalah yang terhasil dari kepimpinan yang sudah hilang panduan dan tertutup hijabnya untuk mentadbir negara dengan baik dan benar.

“Najib sesungguhnya keseorangan. Buat masa ini hanya beliau seorang yang bercakap dan tidak ada seorang pun menteri lantikan beliau membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau apabila Zainuddin Maidin memberikan cadangan mengembalikan Mahathir ke Putrajaya.


“Keadaan ini menjelaskan yang ahli-ahli jemaah Kabinetnya berdiam diri kerana mahukan Najib cepat-cepat berundur dan ini adalah tindakan ‘insubordination’ dari rakan-rakan kabinet beliau sendiri,” tulis beliau di dalam blognya, kelmarin.

Baginya, Najib sudah sampai ke tahap menjadi masalah nombor satu negara.

Menurutnya, masalah yang disumbangkan Najib kepada negara sama besarnya dengan semua masalah yang disumbangkan oleh semua pihak dalam negara ini termasuk penagih-penagih dadah.

“Najib akan terpaksa berhenti tidak dapat tidak dan kita wajar menerima perubahan ini secara baik,” tulisnya lagi.

Baca lagi

No comments:

Post a Comment