Monday, January 20, 2014

TAK CUKUP SEBAKUL!!! Dengan RM 50 bakul rakyat susut, bakul ahli UMNO penuh angan-angan

Mungkin ia suatu lawak atau melucukan tetapi bagi ramai rakyat yang ‘celik’ isu meluluskan tambahan 22 permit cabutan judi bagi nombor ekor oleh sebuah kerajaan bergelar negara Islam adalah suatu yang memalukan.

Perit, getir, lelah rakyat menerima hentakan demi hentakan selepas pilihanraya umum ke-13 yang menyaksikan negara masih kekal ‘stabil’, ‘aman’, tidak ‘dijajah’....

Hentakan atau pukulan yang dimaksudkan cukup diketahui ramai iaitu ; kenaikan kos sara hidup yang cukup tinggi....

Apa kaitan isu pukulan kos sara hidup dengan isu tambahan permit judi?

Bagi rakyat yang sensitif mereka lebih-lebih lagi rasa terpukul...adakah aku ingin disuruh berjudi untuk menampung kos kehidupan yang makin meningkat? Selepas menerima BRIM hanya sekadar RM 650 ringgit yang dianggap oleh kerajaan mampu menampung keperluan setahun rakyat, mungkin bagi yang elum puas dengan wang berkenaan bolehlah mencuba nasib berjudi ..... Konsep Bazzigar...berjudi untuk ‘survive’ daam hidup....

Gaji minimum dianggarkan sebagai talian hayat rakyat. Berapa? Hanya RM900 sedangkan asalnya ia diperjuangkan Pakatan Rakyat sehingga RM 1200...

Dengar khabar, kenaikan gaji di Malaysia akan mencecah 5.7 % tahun ini...
Tahun lepas 5.5 %..Kira banyak dan makmurlah rakyat nanti...tapi nanti dulu!

Pembelian strawberi 250gram contohnya di New Zealand $1.34 jer sahaja.
Di Malaysia? RM10.00!!

iPhone baru di New Zealand contohnya 300 dollar bagi pendapatan 3,000 dollar
iPhone baru di Malaysia pula sekitar RM2,000 dengan gaji RM3,000

US atau New Zealand gaji $3000. Beli kereta kualiti pada nilai $15000 sahaja. Tidak perlu hutang pun boleh beli.
Malaysia gaji RM3000. Beli kereta kurang kualiti RM40000-RM50000, jikalau mahu yang berkualiti sedikit perlu berbelanja sehingga RM70000-RM200000. Terima kasih dengan bantuan hutang bank selama 7-9 tahun lamanya

Bil elektrik naik tarifnya....Sejak Januari 2014 lagi, tarif elektrik naik sebanyak 14.98 % atau sebanyak 4.99 sen. Nampak sedikit bukan? 4 sen apalah sangat...

Mungkin ada juga yang tidak sedar, perusahaan kecil dan perusaan besar banyak menggunakan elektrik untuk hasilkan barangan keperluan. Sebelum cukai GST dijalankan pun harga barang bakal naik menggunung. Kalau ditambah GST terus terkulai..tak mampu bayar harga barang...

Harga ais dinaikkan 50 sen satu beg. Ya dengan hanya 50 sen satu beg ia bakal menghuru-harakan peminat teh ais dan nescafe ais di taman-taman, kampung lot, kampung tersusun dan setinggan.

Mungkin inilah takdir dan kata pakar motivasi kita perlu pasrah dan think positive...bangkit semula dan terima sahaja qada dan qadar...

Si anak menantu menteri beli kondominium mewah di New York...Isteri Pak menteri naik jet eksekutif kos ratusan ribu ringgit hanya kerana beliau isteri Perdana Menteri..

Yang menaikkan angin Pak Long Mak Long adalah janji pihak tertentu yang katanya jika memangah parti mereka, harga barang akan dikawal, tol tidak akan naik harga malah BRIM akan diberi sebanyak RM 1200! Bukankah menipu namanya tu?

Ada juga terdengar penjawat awam, ikat perut di tempat kerja...makan tengahari jam 11 pagi...tanpa sarapan terus makan berat pada jam 11 pagi dengan harapan dapat 'branch' (breakfast + lunch)...

Pertama subsidi gula ditarik RM 551 juta.... kemudian minyak masak.... oh lupa...sebelum itu subsidi petrol ditarik menjadikan RON 95 minyak kuning tu naik ke harga RM 2.10 seliter...

Kemudian tarif elektrik....kemudian akan datang tol tapi dengar kata dibolak balikkan isu tol kerana dapat banyak bantahan....

Semua subsidi yang ditarik kata para cerdik pandai matematik tak banyak..hanya RM 7.29 bilion!

Jumlah kerajaan sedekah BRIM tahun lepas banyak juga … para cerdik pandai kata RM 2.9 bilion...

Jadi naik kos barang...tarik subsidi siapa untung? Oh bukan rakyat yang untung....yang untung mereka...

Mereka yang panggil artis Korea dengan bayaran jutaan ringgit...mereka yang buat kos lawatan luar negara jutaan ringgit..mereka yang bil elektrik rumah sahaja ratusan ribu ringgit!

Ya merekalah yang untung...
 
Muhammad Nuruddin Bashah

Bertam

9.34 malam 15 Jan 14

No comments:

Post a Comment