KUALA LUMPUR 12 JAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi
Nik Ahmad berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu
melaksanakan reformasi menyeluruh termasuk rombakan liga domestik bagi
memperbaiki mutu bola sepak negara.
Katanya,
perubahan itu perlu bermula dengan menukar presiden FAM yang telah
menguasai badan induk itu sejak 30 tahun lalu, sedangkan mutu bola
sepak negara masih di takuk lama.
“Bagi mengangkat martabat bola sepak Malaysia, kita memerlukan
reformasi menyeluruh bermula dengan penukaran presiden FAM dan struktur
organisasi tersebut, liga domestik sehinggalah program pembangunan bola
sepak di peringkat akar umbi.
“Hanya apabila isu-isu tersebut diselesaikan – dan ini memerlukan
masa yang lama – kita dapat mempertimbangkan jurulatih kebangsaan
berprestij untuk membimbing Harimau Malaya,” kata beliau dalam satu
kenyataan hari ini.
Beliau memberi pandangan berikutan FAM sedang mempertimbangkan
khidmat bekas jurulatih kebangsaan Jepun, Afrika Selatan dan Nigeria,
Philippe Troussier untuk menggantikan K Rajagopal sebagai jurulatih
Harimau Malaya.
Selain Troussier, nama Zdenek Zeman (bekas jurulatih Roma, Itali),
Bob Houghton dari England, Rudi Voeller dari Jerman dan bekas jurulatih
Singapura Radojko Avramovic turut dikaitkan dengan kerusi panas
tersebut.
Menurut
Nik Nazmi, beliau dimaklumkan Troussier meminta lebih RM400,000 sebulan
atau RM4 juta setahun untuk memberikan khidmat kepada pasukan
kebangsaan.
Justeru beliau menyambut baik kenyataan dari Kementeria Belia dan
Sukan dan Majlis Sukan Negara yang tidak bersetuju dengan cadangan
perlantikan jurulatih yang mahal buat negara.
Beliau memberikan contoh negara seperti Jepun yang ketinggalan dalam
arena bola sepak pada 1990 an, namun mampu bangkit selepas merangka
strategi dengan menggariskan pelan 100 tahun bagi memajukan sukan
berkenaan.
“Kini, lebih kurang dua dekad kemudian pelan mereka sudah membuahkan
hasil apabila Jepun layak ke Piala Dunia berturut-turut sejak 1998 dan
kini berada di tangga no 2 ranking FIFA di Asia,” ujarnya.
Menurutnya, pihaknya menunggu Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara
yang akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi dan berharap
rancangan itu akan menekankan matlamat jangka panjang bagi kemajuan
bola sepak negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58222
Siapa yang mampu dan berkuasa tukat mereka?
ReplyDeleteSamalah macam orang gesa ko lerpaskan semula jawatan yang ko sandang tuh secara sukarela. Beri kepada orang lain. Boleh ke ko buat macam tuh.?
Sila ke website ni http://bit.ly/1cUJ9om
ReplyDelete