Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta.
- begitulah antara petikan dakwaan dari akhbar utusan untuk Zizan.
PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak Zizan Razak menafikan dia dan aktres Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh di dalam kapal terbang ketika
penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Razak, 30, berkata, gosip yang ditimbulkan itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu turut disertai
oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.
“Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan
mereka semua.
“Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis,” katanya ketika dihubungi mStar Online
pada Isnin.
Pemergian Zizan dan Emma ke Amerika turut ditemani oleh rakan-rakan dan krew penggambaran.
Zizan mengulas laporan sebuah ruangan gosip akhbar mingguan pada Ahad lalu yang melaporkan dia dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang
tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.
Anggota kumpulan Jozan itu ketika dihubungi mStar Online pada pagi Isnin lalu pada mulanya enggan mengulas mengenai isu tersebut kerana tidak mengetahui
cerita sebenar dan baharu sahaja pulang ke Malaysia.
Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak sehingga timbulnya gosip tidak berasas itu kerana ia hanya spekulasi.
Malah kata Zizan, dia tidak berkecil hati dengan laporan akhbar tersebut kerana menganggap pihak media hanya menjalankan tugas mereka.
“Gosip itu tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cerita kepada pihak media dan wartawan hanya menjalankan tugas mereka.
“Saya juga tidak berani hendak tunding jari kepada mana-mana pihak kerana nama pun gosip dan pada saya ia kedengaran kelakar,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai reaksi Emma mengenai gosip berkenaan, Zizan berkata, dia belum sempat untuk bercakap dengan pelakon itu dan tidak berhak
untuk memberi kenyataan bagi pihaknya.
Kat bawah ni adalah petikan gossip / fitnah dari ruangan akhbar Utusan:
SEORANG teman Miss J sudah sampaikan cerita pasal Zizan Raja Lawak.
Katanya, dia ternampak di depan matanya yang Zizan dan Emma Maembong bercumbuan dalam kapal terbang semasa mereka dalam perjalanan menuju ke Los Angeles (LA), Amerika Syarikat tempoh hari.
Umum pun tahu memang sekarang ini mereka berdua berada di LA bersama Wirefame Entertainment. Tak cuma berdua tetapi turut disertai Kaka dan pihak pengurusan Wirefame.
Tak kisahlah pasal percutian itu. Ceritanya sekarang, kenapa Zizan nak tayang aksi macam itu dalam kapal terbang yang sah-sahlah bukan mereka berdua saja yang ada. Ramai lagi penumpang lain yang tentu-tentu punya mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan mengenai mereka.
Menurut teman Miss J itu, Zizan yang duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan silu bercumbuan. Tak kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan bukan?
Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta.
Baik Zizan atau Emma, dua-dua pun sama tak nak mengaku. Habis itu, cium-cium itu sebab sayang sebagai kawanlah? Macam itu? Ke sebab ada nyamuk kat pipi Emma? Kalau ada nyamuk tak payah cium, tampar pakai tangan pun boleh.
Apa pun, Miss J memang tak berkenanlah cara Zizan itu. Bukanlah sebab Miss J ini ortodoks atau konservatif sangat.
Iyalah, kalau nak cium boleh... kahwinlah cepat-cepat. Hati kalau dah suka, tunggu lama-lama buat apa? Betul tak?
Miss J @ Utusan
Penburuk online
No comments:
Post a Comment