Tuesday, February 4, 2014

ADUN PKR KELUAR PARTI?!!! Ada surat tarikh 2 Januari tapi mengapa Speaker terima 4 Februari?

http://cdn02.mynewshub.my/wp-content/uploads/KeluarParti.jpg

Semuanya bermula daripada gambar sekeping surat seperti di atas yang giat berlegar di alam maya waktu ini. 

Surat tersebut yang bertarikh 2 Januari 2014 daripada YB Kesavan, Adun N54 Hutan Melintang, Perak kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat berkuat-kuasa daripada tarikh tersebut atas alasan hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti. 

Tetapi, nak tanya sedikit, tarikh surat dan pengisytiharan keluar daripada parti PKR adalah pada 2 Januari 2014, mengapa pula hanya pada 4 Februari 2014 baru Speaker Dewan Undangan Negeri Perak menandatangani penerimaan surat tersebut?

Sebulan jarak di antara tarikh penghantaran dan penerimaan surat, bolehkah diterima akal?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXUzMrDqqaXPE6N5WNanCWAAMRwfR-mudoA7rfLBQnBopCcGwRsZ-KmQq7CgKPh6bSQvjkU2Zt7eTCuypPKvv73cvCnOesVWocaTJIT3Sl-WEHyjc_gnZUTb0lViYT0KEN_nL5wri48h44/s1600/Recently-Updated34-565x422.jpgPatutlah ada yang mengatakan surat ini palsu, hanya perang saraf untuk menghangatkan suasana PRK Kajang yang melibatkan parti PKR dan pimpinan tertingginya, DS Anwar Ibrahim. 

Tetapi, mengapa di Perak? Tidak di Selangor?

Ataupun ada kebenaran di sebalik misteri surat ini?

Sama-sama kita tunggu pengesahan ataupun penafian pihak-pihak yang terlibat di dalam perkara ini. Ajijoi

No comments:

Post a Comment