JELUTONG: Seramai 43
orang India Muslim sekitar Jelutong bertindak menyertai PAS apabila
menyedari Umno dan BN tidak bertindak apa-apa dalam membantu rakyat
berdepan kenaikan harga barangan harian kata, Timbalan Yang Dipertua PAS
Jelutong, Yusof Mohd Noor.
Beliau ketika ditemui baru-baru ini
menambah, pujian harus diberikan kepada ahli baru dalam kalangan India
Muslim yang diketuai oleh Iskandar Abdullah.
Kata beliau, hari ini PAS telah diterima oleh berbagai bangsa dan warna kulit tidak tertumpu pada orang Melayu sahaja.
Kemasukan masyarakat India Muslim
memantapkan lagi slogan "PAS For All" yang menjadi tema utama PAS dan
dipopularkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat kendalian Dato' Dr
Mujahid Yusuf Rawa.
Iskandar berkata, kemasukan seramai 43
orang rakan-rakannya bukan atas paksaan daripada mana mana pihak tetapi
timbul daripada kesedaran sendiri apabila melihat senario negara waktu
ini.
"Kami sepakat sudah tidak tahan lagi dengan lakonan yang dimainkan oleh kepimpinan negara sekarang.
"Banyak lakonan mereka sumbang dan tak
menjadi. Ramai rakyat dah muak melihat lakonan yang sama sepanjang
hari," tegas beliau yang menjalankan perniagaan sebuah restoran nasi
kandar di Jalan Chulia, Georgetown.
Bagi beliau, kenaikan harga barangan
seharian cukup membebankan rakyat bawahan kerana ratarata mereka
berpendapatan tidak seberapa.
Bukan itu sahaja ujarnya, kenaikan harga
minyak juga merupakan 'ibu kenaikan' segala-galanya sehinggakan ada
pihak yang mengambil kesempatan menaikan harga barangan lain ke tahap
yang tidak sepatutnya.
"Kerajaan BN nampak gayanya, berterusan
menekan rakyat sendiri tanpa mencari jalan terbaik atasi pergolakan
ekonomi," tegas beliau.
Iskandar berkata, kepimpinan BN yang ada
asyik bertelagah, mencari peluang sendiri, merebut jawatan serta lebih
malang sanggup menjual aset negara semata-mata mahu menyelamatkan kroni
mereka.
"Apa nak jadi kalau kepimpinan yang kita
harapkan tidak jalankan amanah dengan baik dan sempurna? Melainkan kita
tinggalkan Umno-BN yang kini sudah tidak berkesan lagi memperjungkan
nasib rakyat, " tambahnya.
Borang penyertaan ahli baru PAS Jelutong
itu diserahkan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi
Awang sewaktu Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Jelutong di
perkarangan Dewan Orang Ramai Jalan Petani, baru-baru ini.
kah3x nanti bila ada prk jelutung..ulaq2 ini akan buat press statement keluar pas msk umno
ReplyDeleteHaha... Ini mamak baik punya. Bukan mamak puak kutty kerala banyak menyusahkan orang. Tapi hati2.. Mamak tetap mamak....
ReplyDelete