Thursday, February 6, 2014

KONON NGO ISLAM!!! Perangai bukan sahaja memalukan Islam, UMNO pun tak mengaku umat

KUALA LUMPUR 6 FEB: KEADILAN menyelar tindakan melampau dilakukan sekumpulan NGO menamakan diri sebagai ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’ menyembelih ayam dan melumurkan darah ke atas kain rentang yang terpapar gambar pemimpin DAP dan KEADILAN.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, tindakan mengapi-apikan sentimen perkauman ini tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang melabelkan diri mereka sebagai NGO Islam.

“Kononnya NGO Islam tetapi sikap yang ditunjukkan langsung tidak Islamik,” kata Fahmi kepada Keadilandaily.

Kata Fahmi sekiranya tidak bersetuju dengan sesuatu pandangan, bantahan yang dibuat haruslah dengan berhikmah ataupun melaui percakapan yang bersopan, bukannya melumurkan darah ayam ke atas gambar pemimpin Pakatan Rakyat.


Tambahnya tindakan tersebut membuatkan masyarakat melatah seolah-olah bertujuan memancing sokongan.

Kata Fahmi. tindakan kumpulan NGO itu mengesahkan penddedahan Pengarah Strategik KEADILAN Rafizi Ramli sebelum ini bahawa wujud rancangan provokasi puhak tertentu melakukan percubaan bertujuan membangkitkan sensitiviti perkauman.

Petang tadi, sekumpulan NGO menggelarkan diri mereka ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’ menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan KEADILAN berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, petang ini.

Pengguna media sosial di Facebook dan twitter turut mengecam provokasi dilakukan kumpulan ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59075

2 comments:

  1. Tanah air bukan melayu yng punya tp Allah yang punya..bila masa melayu yg buat tanah air ni...bengong

    ReplyDelete
  2. bunuh binatang bukan kerana Allah adalah berdosa.

    tidak boleh satu nyawa itu diambil bukan mengikut syariat Allah.

    umno adalah puak munafik jahiliyah

    ReplyDelete