KUALA
LUMPUR 11 FEB: Sebuah pertemuan bekas pemimpin dan ahli parti Semangat
46 akan diadakan di ibu negara pada hari Ahad, 23 Februari ini bagi
membincangkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Keadilandaily difahamkan, pertemuan semula bekas pemimpin
dan ahli parti Semangat 46 itu akan turut dihadiri ahli parlimen Gua
Musang yang juga bekas Presiden parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.
Pertemuan tersebut juga dikatakan bagi membincangkan peranan kem
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam politik tanahair
sejak kebelakangan ini.
Namun. sumber yang memaklumkan Keadilandaily tidak memberitahu lokasi sebenar pertemuan tersebut di Kuala Lumpur.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59216
No comments:
Post a Comment