Menggerunkan |
Beginilah
rupanya patung lilin Her Majesty Queen Elizabeth II yang telah
dirosakkan akibat perbuatan khianat di The Red Carpet Wax Museum di
i-CT, Shah Alam pada pagi Jumaat 07 Februari 2014.
Kejadian
dilaporkan berlaku sekitar jam 02:37 hrs dan kebakaran dapat dikawal
pada jam 03:31 hrs. Kejadian berlaku ketika pasukan keselamatan tiada
ditempat kejadian dan sedang melakukan rondaan.
Pelaku memasuki muzium
berkenaan melalui pintu keluar yang tidak diletakkan pengawal
keselamatan.
Memang tiada pengawal keselamatan diletakkan dipintu keluar
kerana menurut pihak pengurusan keutamaan keselamatan adalah untuk para
pengunjung sahaja dan kejadian seperti ini tidak pernah dijangkan.
Dalam kejadian
ini sebanyak 10 patung lilin telah dirosakkan termasuklah patung lilin
Perdana Menteri Malaysia pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, Nelson Mandela, Barack Obama, Mao Zedong, Vladimir Putin, Jackie
Chan, Yasser Arafat, Prince William and Catherine Middleton.
Buat masa
ini belum ada lagi tangkapan yang dibuat dan motif sebenar sipelaku
dalam kejadian ini masih lagi menjadi tandatanya. Rakaman CCTV kejadian
ini tidak begitu jelas untuk mengenalpasti individu yang melakukan
perbuatan berkenaan.
Ketua Pegawai
Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew dalam kenyataannya yang
dikeluarkan oleh The Malay Mail hari ini memaklumkan bahawa kerja-kerja
baik pulih sedang giat dilakukan dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa
dua bulan. Kerugian dianggarkan oleh pihak berkuasa berjumlah RM10 juta
walau bagaimanapun beliau enggan membuat sebarang komentar berhubung
perkara tersebut cuma menyatakan beberapa juta sahaja.
Tambah beliau
lagi, Patung lilin Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah
patung lilin yang paling mahal diantara patung-patung lilin yang ada di
muzium ini.
Datuk Eu
memaklumkan bahawa kerja baik pulih harus dilaksanakan dengan kadar
segera kerana muzium ini merupakan salah satu daripada daya tarikan
pelancung dari dalam dan luar negara terutamanya dalam program Tahun
Melawat Malaysia 2014.
Beliau beranggapan kejadian ini sebagai satu
pengkhianatan kepada muzium berkenaan kerana sipelaku tahu apa yang
perlu dilakukan dan telah menggunakan bahan kimia yang betul untuk
memusnahkan patung lilin berkenaan.
Menurut beliau lagi, patung lilin
tersebut tidak akan mudah terbakar kecuali menggunakan bahan-bahan kimia
yang tertentu sahaja.
Timbalan Ketua
Polis Selangor, Dato' Abdul Rahim Jaafar pula memaklumkan bahawa pihak
polis masih lagi mengkaji rakaman CCTV kejadian tersebut.
Sumber : The Malay Mail
Orang ni
alaa... susah2 sangat, salahkan saja anwar ibrahim... abih cerita
ReplyDelete