Monday, February 10, 2014
YANG INI TIDAK MEMBAZIR!!! Satu PRK lagi dalam masa terdekat, sama kes macam Kajang
PETALING JAYA: Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal diadakan tahun ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan sekiranya pemimpin paling lama di Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan.
Taib yang menjadi Adun Balingan sejak 2001 perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat jika beliau bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu.
Undang-undang Sarawak menyatakan mana-mana perletakan jawatan sebelum 20 Jun tahun ini, satu PRK perlu diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.
Sabtu lalu ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Taib mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri.
MT PBB juga menyuarakan pendirian agar Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Sarawak menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Sebagai ketua negeri, seseorang itu tidak boleh terlibat dalam politik. Justeru Abdul Taib perlu melepaskan semua jawatanya eksekutifnya dalam Kabinet dan PBB.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sarawak, Datuk Takun Sunggah berkata berdasarkan undnag-undang negeri, sesuatu pilihan raya tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan kerusi berlaku dalam tempoh dua tahun sebelum penggal DUN berakhir.
"DUN Sarawak akan berakhir pada 20 Jun 2016. Jadi tempoh dua tahun penggal berkenaan akan bermula 21 Jun 2014 ini.
"Jadi jika mana-mana individu meletak jawatan sebelum 20 Jun, maka satu pilihan raya perlu diadakan," katanya kepada The Star menerusi SMS.
ketika penggal Abang Muhammad Salahuddin akan berakhir pada 28 Februari ini, Abdul Taib dijangka mengangkat sumpah sebagai TYT pada 1 Mac ini.
Di Kuching, Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi berkata Abdul Taib akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri 'penghujung bulan ini'.
"Ya, anda akan menyaksikan perkara itu berlaku. Saya perlu lakukan persiapan mengenainya mengikut aturan," katanya ringkas.
No comments:
Post a Comment