SHAH ALAM 17 MAC: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang
masuk hari kesepuluh hari ini didakwa ‘disembunyikan’ di Diego Garcia,
pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.
Menurut portal Cabal Times, sekiranya spekulasi pesawat itu terbang
ke pangkalan tentera AS di Diego Gracia adalah benar, radar Indonesia
sudah pasti mengesan kedudukan pesawat tersebut.
Menurut
portal itu, sekiranya pesawat mengalami masalah teknikal, juruterbang
seboleh-bolehnya akan cuba mendarat dengan selamat di laut dan tidak
akan berpatah balik ke Malaysia.
Cabal Times dalam laporannya mendakwa AS melakukan ‘rampasan pesawat’
itu adalah kerana MH370 membawa sejumlah besar rakyat China dan AS mahu
mengeruhkan hubungan Kuala Lumpur dan Beijing.
Diego Garcia adalah pangkalan tentera Amerika Syarikat yang mempunyai
landasan kapal terbang yang membolehkan pesawat besar mendarat dan
mempunyai kemudahan untuk ‘menyorokkan’ daripada pandangan satelit.
Semalam,
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein
menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pesawat Malaysia Airlines
(MAS) MH370 mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia
di Lautan Hindi.
Beliau berkata setakat ini tidak ada mana-mana pihak menuntut wang tebusan.
“Tidak ada. Ini amat menyukarkan kami untuk mengesahkan sama ada ia
dirampas atau tindakan pengganas. Kami melihat segala kemungkinan. Kami
tidak mengambil mudah sebarang kemungkinan,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri Australia Tony Abbott memaklumkan
beliau tidak ada maklumat tentang kemungkinan pesawat Malaysia Airlines
penerbangan MH370 terbang dekat dengan negara benua itu.
Beliau yang ditanya apakah pihak berkuasa ada mengesan pesawat itu
dekat dengan Australia memandangkan pesisir pantai baratnya bersempadan
dengan Lautan Hindi, Abbott berkata: “Saya tidak ada maklumat seperti
itu.”
“Tetapi
semua agensi yang boleh membantu sedang menyemak data mereka untuk
melihat apakah ada apa-apa maklumat yang boleh membantu (kita) memahami
misteri ini,” katanya seperti dipetik oleh AFP.
Sebelum ini, pegawai penerbangan di Pakistan dan India juga menafikan
pesawat MH370 ada memasuki ruang udara dua negara itu dan jika ada
sekalipun, ia sudah pasti dapat dikesan oleh radar tentera.
Pakistan mengesahkan radar negara itu tidak mengesan pesawat
penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lalu dan bersedia untuk berkongsi
segala maklumat yang diperoleh.
Jurucakap Kementerian Luar, Tasnim Aslam berkata, pihak berkuasa
Malaysia meminta bantuan seperti data satelit dan radar yang mungkin
membantu mencari pesawat berkenaan.
Beliau berkata demikian selepas kerajaan Malaysia mengumumkan 25
negara kini terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat, termasuk
Pakistan.
Selain negara itu, kerajaan Malaysia turut membuat permohonan sama ke
atas Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Bangladesh, India, China,
Myanmar, Laos, Kemboja, Thailand dan Australia.Selangor Kini
No comments:
Post a Comment