Sunday, March 16, 2014

KHAYALAN LUAR BIASA!!! Kapten Zaharie rampas pesawat terbangkan ke Mongolia ?


 Pintu masuk kawasan perumahan didiami juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah di Shah Alam, yang dipercayai diperiksa polis semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2014. Pintu masuk kawasan perumahan didiami juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah di Shah Alam, yang dipercayai diperiksa polis semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2014.

BREAKING 1442 hes: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan?

Pihak atasan itu siapa? Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.


Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. -sumber


Laporan menyatakan Kapten Zaharie Ahmad Shah rampas MH370 kerana kecewa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes Liwat II dianggap sebagai khayalan luar biasa, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution. Gambar fail The Malaysian Insider.




 



PKR menganggap laporan akhbar Britain, Daily Mail yang menyatakan kemungkinan juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah merampas pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II sebagai khayalan luar biasa.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata walaupun Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti itu, perkara ini mustahil berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah dan ini merupakan satu teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.


"Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Saifuddin berkata, isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang termasuk anak kapal.

Dengan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, hari ini akhbar Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.


Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.


Apabila ditanya apakah PKR akan mengambil tindakan terhadap akhbar tabloid Britian itu, Saifuddin berkata:"Tidak ada sebarang tindakan daripada PKR buat masa ini. Fokus kami adalah untuk menyeru rakyat Malaysia doa agar pesawat MH370 ditemui."

 
Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah.

Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan di rumah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak mengumumkan fasa kedua pencarian pesawat MH370 pada satu sidang akhbar khas.

Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.


Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.
Menurut rakan sekerja Zaharie, beliau merupakan seorang aktivis sosial dan penyokong kuat Anwar serta sangat berminat dengan politik.


Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac. - 16 Mac, 2014. (TMI)  

5 comments:

  1. Biasalah menjelang piliharaya seperti amik kesempatan......

    ReplyDelete
  2. KES AL TANTUYA AKU PERCAYA

    ReplyDelete
  3. Masih ingat lagi kisah Al Maunah?

    ReplyDelete
  4. Altantuya buat kerja melobi bukan kerja sorang-sorang. Dia mesti ada rakan-rakan subahat yang arif dalam sistem persenjataan yang bekerja keras untuk mendapat tender tersebut.

    Jadi mereka mungkin berdendam dengan orang yang mungkir janji sehingga mengakibatkan kematian tragis wanita monglia ini.

    Pernah lihat 'The Italian Job'?

    -Pelanduk mungkin lupa jerat, namun jerat takkan lupa pelanduk.

    ReplyDelete
  5. Kes altantuya ni.. diorg nak najib.. dpt najib baru mh370 dibebaskan..

    ReplyDelete