Misteri
kehilangan kapal terbang MH370 semakin memeningkan para penyiasat dan
pakar bidang penerbangan apabila tiada sebarang tanda kecemasan
dilaporkan oleh pesawat tersebut.
Menurut Richard Quest, penerbangan tersebut seharusnya selamat dan
tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Sesuatu
telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang, kata
Richard Quest lagi.
“Dalam titik tertentu penerbangan, ini merupakan bahagian yang paling
selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada apa yang sepatutnya
berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian yang dikawal
auto-pilot. Juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan
perubahan pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api.
Maka, pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi – Sesuatu yang
sangat serius telah terjadi dalam penerbangan tersebut ketika fasa itu
berlaku.”
“Pesawat itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah
Boeing 777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator(MAS) yang
sangat berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan
yang sangat bagus” Tambah Quest lagi.
Bekas penyiasat di National Transportation Safety Board (NTSB), Amerika
Syarikat, Greg Feith mengatakan seharusnya juruterbang boleh
melaporkan sebarang kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal
berfungsi.
Pesawat dengan pensijilan perlu mempunyai Bateri Back-up, ia sepatutnya
membolehkan juruterbang menggunakan peralatan penerbangan tertentu dan
alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan penerbangan itu dengan
selamat.
“Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh kehilangan kuasa pada
kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh digunakan dalam
satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan”
Feith juga tidak menolak kemungkinan punca kemalangan yang mungkin berlaku itu disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.
“Jika anda mempunyai masalah tekanan udara altitud tinggi,
penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang boleh
beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan
30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa saat.”
Ketika ditanya sama ada kemungkinan pesawat itu boleh melakukan pendaratan kecemasan, Quest berkata tidak mungkin. – CNN
Lihat artikel penuh dan video penerangan Richard di sini
No comments:
Post a Comment