KUALA
LUMPUR 5 MAC: Bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur,
Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis terhadap peguam Umno, Tan
Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menipu.
Laporan tersebut menyatakan bahawa Shafee melakukan kesalahan apabila
menyembunyikan bahan bukti dari perbicaraan yang kemudiannya
menyebabkan satu kenyataan bersumpah (SD) Mat Zain tidak dapat diterima.
Menurut Mat Zain, Shafee telah membuat penegasan bahawa terdapat
percanggahan nombor kad pengenalan Mat Zain dalam writ saman dengan SD
Mat Zain.
“Shafee seterusnya mendakwa saya telah memanipulasi SD saya untuk
menyembunyikan atau mengelirukan mahkamah berkaitan iddentiti saya.
“Shafee selanjutnya menghujahkan bahawa akibat daripada percanggahan
nombor kad pengenalan yang disengajakan menjadikan SD saya sebagai satu
dokumen yang tidak bernilai.
“Malahan menjadikannya sebagai dikumen keterangan dengar-cakap
(hearsay-evidenge) sahaja,” kata Mat Zain dalam laporan yang dibaca Keadilandaily.
Menurut Mat Zain, penghujahan itu dibuat Shafee di hadapan Mahkamah
Rayuan pada 18 Disember 2013 yang menyentuh perkara mustahak untuk
memperdayakan Mahkamah Rayuan supaya membuat keputusan memihak kepada
Shafee.
Kenyataan lain dalam kandungan laporan itu turut menyatakan, Shafee
disyaki melakukan kesalahan menggunakan keterangan yang tidak benar
dan/atau palsu dan mengelirukan dalam penghujahan bertulis bertarikh 18
Disember 2013.
Laporan polis dibuat pagi ini di Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, Kajang
No comments:
Post a Comment