PETALING
JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo meramalkan Datin
Seri Dr Wan Azizah Ismail akan menang besar dalam pilihan raya kecil DUN
Kajang 21 Mac ini.
“Saya jangka undi Dr Wan Azizah akan bertambah kerana pengundi PKR
tidak berubah sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding atau tidak.
“Situasi sokongan pengundi Kajang juga tidak menyebelahi BN. Pengundi
Umno adalah golongan tua ini bermakna ada yang sudah meninggal dunia
atau pun sakit.
“Manakala orang masih memerhati MCA ekoran baru memilih pucuk pimpinan, Gerakan pula tidak banyak pengaruh,” katanya.
Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR tetapi turut dikenali dengan
panggilan Kak Wan menghadapi Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun dalam
sangan satu lawan satu di DUN Kajang.
Dr Mohd Khir juga mendakwa, kempen Umno masih lagi berkisar kepada
penyokong mereka sahaja dan beliau mencadangkan supaya petugas parti
itu.
“Mereka perlu keluar dari kepompong ini,” tegasnya.
Beliau juga menjelaskan sokongan orang muda tidak menyebelahi BN
apatah Kajang ini mempunyai beberapa pusat pengajian tinggi seperti
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.
“BN kena mendapatkan pengundi muda,” katanya lagi.
Bekas Pengerusi BN Selangor itu menambah, faktor-faktor nasional juga mempengaruhi pilihan raya kecil Kajang.FMT
No comments:
Post a Comment