KUALA LUMPUR 7 MAC: Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebulat suara
menyokong usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk
menstruktur semula industri air di Selangor, kata Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan 6 Mac lalu, Abdul Khalid
memberikan penjelasan kepada pimpinan tertinggi parti-parti komponen
Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan saya
sendiri.
“…
pimpinan tertinggi Pakatan mencapai persetujuan bahawa Kerajaan
Selangor di dalam konteks penstrukturan industri air ini akan terus
mendapatkan maklum balas daripada satu jawatankuasa khas Pakatan yang
diwakili Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad,” kata Anwar
dalam kenyataan hari ini.
Ketua Umum KEADILAN itu menambah, di dalam mesyuarat tersebut,
pimpinan Pakatan Rakyat menunjukkan keprihatinan yang tinggi serta
memberi nasihat dan pandangan bagi memastikan proses penstrukturan
industri air memberi pulangan dan natijah terbaik kepada kerajaan negeri
serta rakyat Selangor, termasuk perkara-perkara yang disentuh di dalam
MoU di antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan.
Menurutnya, satu persetujuan juga dicapai untuk melibatkan Tommy
Thomas, pakar perundangan, di dalam proses ini sebagai wakil bebas yang
mewakili rakyat Selangor, bagi memastikan perjanjian yang kukuh di sisi
undang-undang menjaga kepentingan rakyat Selangor.
“Mereka akan bertanggungjawab bekerjasama dengan Kerajaan Selangor di
dalam pelaksanaan penstrukturan industri air ini termasuklah menyemak
dan memberi maklumbalas kepada perjanjian-perjanjian yang bakal
ditandatangani Kerajaan Selangor di dalam isu ini,” ujar Penasihat
Ekonomi Selangor itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59915
No comments:
Post a Comment