Thursday, March 6, 2014

VIDEO TERESA DISALAM TELUR!!!! Siapa lelaki yang cabut lari, ditangkap , diserah kepada Polis ?




PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dikejutkan dengan tindakan biadab seorang individu yang tidak dikenali memberikan sebiji telur busuk yang kemudiannya pecah ketika mereka bersalaman.

Kok berkata, lelaki itu menegurnya selepas beliau memberi penjelasan berhubung video kontroversi Tahun Baharu Cina 'Onederful Malaysia' pada
ceramah di Permatah Pauh, dan bersalaman dengan sebiji telur di telapak tangannya.




Telur busuk yang pecah tersebut mengotori tangan dan baju Ahli Parlimen Seputeh itu.

Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Star, Kok berkata,beliau mencuci tangan dan meninggalkan kawasan itu selepas kejadian yang
berlaku pada kira-kira pukul 11.30 malam.

"Saya kembali ke hotel sejurus selepas insiden itu.

"Lelaki itu beredar dan ditangkap oleh Unit Amal PAS dan hadirin yang lain.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada lelaki itu," katanya.

Video Tahun Baharu Cina Kok yang dikeluarkan pada Januari lalumencetuskan reaksi negatif kerana mempersendakan pelbagai isu seperti sistem pendidikan.

Pada Februari lalu, sekumpulan individu yang mendakwa mereka merupakan sebahagian daripada badan bukan kerajaan (NGO) menawarkan ganjaran RM500kepada sesiapa yang menampar Kok, dan tawaran itu kemudiannya dinaikkankepada RM1,200.

No comments:

Post a Comment