KUALA
LUMPUR 25 APR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disyaki
memiliki ribuan juta saham dengan jumlah berbilion ringgit, kata Ketua
Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut Shamsul, Daim mempunyai kekayaan luar biasa melalui pegangan
selain menaungi bank-bank seperti IC Bank Rt.(Hungary), International
Commercial Bank Sh.A (Albania), International Commercial Bank Limited
(Ghana) dan International Commercial Bank S.A (Guinea).
Daim turut menaungi ICB-Banco Internacional de Comercio SARL
(Tanzania), International Bank of Malaysia (T) Limited (Mozambique),
International Commercial Bank (Sierra Leone) Limited – Sierra Leone.
“Di samping (Daim) mempunyai kepentingan di dalam Bank Internasional
Indonesia dan Bank Bumiputera Indonesia di mana Tun Daim memegang lebih
separuh pegangan sahamnya
“Jumlah ini mungkin lebih besar sebelum ia dijual,” kata Shamsul dalam kenyataannya.
Nenurut Shamsul, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah
menolak permohonan Tun Daim Zainuddin untuk mengambil alih Bank Hock
Hua (Sabah Bhd.) berdasarkan nasihat Bank Negara.
Malah, bukti kemungkinan berlakunya rasuah pernah dilampirkan Anwar dalam laporan polis yang dibuat pada 30 Julai 1999.
Ini berikutan pengakuan Tan Sri Halim Saad dalam suratnya bertarikh
April 1990 menyatakan beliau memegang 52 juta saham Faber Merlin Bhd dan
130 juta saham Renong bagi pihak Daim.
Sementara itu Tan Sri Wan Hamzah dan Tan Sri Tajuddin Ramli pula
menyatakan dalam surat lain bahawa mereka memegang RM150 juta dan RM70
juta bagi pihak Daim.
“AMK akan terus menggesa SPRM menjalankan siasatan dan mengheret
beliau ke muka pengadilan sekiranya ia berhubung kait dengan manipulasi
dana kerajaan khususnya sewaktu beliau menganggotai Kabinet selaku
Menteri Kewangan,” tegas Shamsul.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60999
Sungguh MALANG nasib orang MELAYU di Malaysia....pemimpin UMNO orang Melayu...baik bekas PM atau bekas Menteri...ada HARTA rompakan DUIT rakyat berBILLION billion...TETAPI majoriti rakyat meLAYU....miskin nak mampoooos...kena minta bantuan BR1M...
ReplyDeletehttp://penyokongpas.wordpress.com/2014/04/23/bodoh-benar-kalau-kita-serang-daim/
ReplyDelete