Putrajaya nampaknya cuba menyukarkan lagi keadaan Datuk Seri Anwar
Ibrahim dengan memfailkan rayuan balas untuk meningkatkan lagi hukuman
penjara lima tahun terhadap ketua pembangkang itu yang didapati bersalah
atas kes liwat bulan lepas.
Peguamnya, Karpal Singh berkata rayuan Anwar terhadap keputusan dan
hukuman beliau seperti akan dipercepatkan untuk Mahkamah Persekutuan,
memandangkan pejabat pendaftar mahkamah sudah pun menghantar sebahagian
daripada rekod rayuannya.
"Selepas meneliti rekod rayuan, saya dapati pihak pendakwa raya membuat
rayuan untuk meningkatkan lagi hukuman penjara Anwar," kata Karpal
kepada The Malaysian Insider.
Ini berlaku selepas hampir dua minggu Putrajaya membuat rayuan balas
terhadap hukuman yang lebih ringan dikenakan terhadap Karpal yang
didakwa bersalah dalam kesalahan menghasut.
Pada 11 Mac, Karpal disaman RM4,000 tetapi pendakwa raya membuat rayuan
balas, menggesa Mahkamah Rayuan untuk mengenakan hukuman yang lebih
berat.
Dalam kes Anwar pula, Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim menjatuhkan
hukuman lima tahun penjara kepada pemimpin de facto PKR itu, selepas
membenarkan rayuan Putrajaya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah
Tinggi yang pada mulanya membebaskan beliau.
Anwar yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh, dalam risiko
kehilangan kerusi Parlimennya dan mungkin akan kecundang alam kerjaya
politiknya jika mahkamah tertinggi itu menegakkan keputusan Mahkamah
Rayuan.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil boleh tersingkir
daripada kerusinya jika disaman lebih daripada RM2,000 atau dipenjarakan
untuk lebih daripada setahun.
Hukuman liwat di bawah Seksyen 377B Kod Penal membawa penjara sehingga 20 tahun dan pesalah juga kemungkinan disebat.
"Dalam membuat rayuan balas ini, saya percaya pihak pendakwa raya
mahukan Mahkamah Persekutuan untuk mengenakan masa penjara lebih
daripada lima tahun. Menyebat Anwar memang tidak akan terjadi kerana
beliau sudah 66 tahun," katanya.
Anwar didapati bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan
di kondominium mewah di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.
Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan pada 9 Januari, 2012
bahawa beliau sangsi dengan integriti sampel yang diambil untuk kajian
DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel tersebut mungkin sudah terjejas
sebelum ia sampai ke jabatan kimia untuk dianalisis.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim itu diketuai oleh Hakim
Datuk Balia Yusof Wahi dalam keputusan mereka mengatakan Zabidin
membuat kesalahan dalam kajiannya kerana sampel berikut tidak terjejas.
Keputusan mahkamah itu menghancurkan harapan Anwar untuk menjadi
menteri besar Selangor apabila ia hadir empat hari sebelum hari penamaan
calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Anwar merupakan calon PKR bagi PRK tersebut.
Karpal berkata dalam situasi biasa, Mahkamah Rayuan akan memberi perayu seluruh rekod rayuan yang termasuk asas penghakiman.
Beliau berkata perayu kemudian akan memfailkan rayuan yang termasuk
alasan bagi rayuan, dalam masa 10 hari selepas rekod diberikan.
Mengikut arahan Ketua Hakim itu, Mahkamah Rayuan perlu menyediakan
kesnya dalam masa lapan minggu selepas perayu memfailkan notis
rayuannya.
Anwar yang diikat jamin RM10,000, memfailkan notisnya pada 10 Mac.
"Dalam kes Anwar, semua rekod lain diberikan untuk kegunaannya kecuali
asas penghakiman. Mahkamah biasanya cekap dalam kes ini. Saya harap
mereka juga cekap seperti ini dalam kes sivil dan jenayah lain," kata
Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor.
Karpal sendiri sedang berdepan dengan hukuman penjara dan risiko
kehilangan kerusinya selepas Putrajaya membuat rayuan balas terhadap
hukuman ringannya yang diberikan Mahkamah Tinggi selepas didapati
bersalah menghasut.
Peguam berkerusi roda 73 tahun itu berkata Mahkamah Rayuan boleh
mengenakan saman maksimum RM5,000 atau memenjarakannya sehingga tiga
tahun. – 13 April, 2014.
tengoklah siapa pendakwaraya ? dajjal pun agaknya lagi baik ! ABU !
ReplyDeleteJenis manusia2 haramjadah, lingkup lah kau......
ReplyDelete