Wednesday, May 14, 2014
BETUL ATAU AUTA MAT SAID?!!! Najib terpaksa minta maaf , Mat Said masuk UMNO semula
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat keluar Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepadanya.
Malah Ahmad yang juga ADUN Kijal turut sama berbuat demikian kepada Najib.
"Beliau minta maaf kepada saya atas salah faham itu dan saya minta maaf atas kelakuan saya," katanya dalam sidang media di kediamannya di Kemaman petang ini.
Secara khususnya, Ahmad berkata bahawa beliau memaafkan Najib ekoran salah faham berkaitan dengan majlis perkahwinan anak perempuannya itu.
"Najib fikir perkahwinan itu berakhir pada 10 Mei, tetapi sebenarnya ada satu lagi majlis pada 17 dan satu lagi pada 31 di Kuala Lumpur," katanya.
Menurut Ahmad, perkahwinan anak perempuannya merupakan maruahnya dan beliau meletak jawatan dari Umno kerana keengganan Najib menghormati permintaannya.
"Kami saling minta maaf jadi saya pun buat keputusan tarik balik peletakan jawatan sebagai ADUN Kijal umno. Begitu juga Ghazali Taib.
"Jadi kes ini selesai dan kami juga kekal sebagai ADUN Umno, semuanya selesai. Ini sahaja," katanya.
ha ha dua dua kaki auta.
ReplyDelete