Friday, June 6, 2014

KERJA MACAI!!! Pelajar fakulti Islam difitnah murtad beramai-ramai


Sehari dua ini, sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.



Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.

Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.


Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei  lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.

Gambar di bawah menjadi buktinya.


Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam. ~mynewshub

3 comments:

  1. hina sehinanya barua pecacai blogger pro parti taik umporno-barang naik !ABU !

    ReplyDelete
  2. apa kejadah duk berdoa dlm gereja.. buat malu katw nama walisongo

    ReplyDelete
  3. Gadis yang masuk gereja tu diperhebohkan satu dunia. Untuk pengetahuan semua walaupun masuk dalam gereja yang pasti mereka tidak minum arak dan berzina dalam gereja tersebut. Berbeza dengan yang masuk disco atau pub, udahlah teguk air haramjadah silap haribulan dalam tandas pun boleh satu set..... Takde pun yang bising...

    ReplyDelete