Tuesday, January 7, 2014
PETISYEN LUBUK MERBAU!!! Walaupun macam tiada harapan, PAS terus doa, buat UMNO jadi risau
KUALA KANGSAR: Seluruh penyokong Pakatan Rakyat, khususnya ahli-ahli PAS dimohon untuk bermunajat dan berdoa bagi perbicaraan petisyen Dewan Undangan Negeri (Dun) Lubuk Merbau yang bermula hari ini.
Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini menegaskan iringan doa dan munajat itu diperlukan bagi memastikan perbicaraan itu akan memihak kepada Pakatan Rakyat.
"Kami mengharapkan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat untuk mengiringi doa agar perbicaraan kelak akan berpihak kepada Pakatan. Ianya secara tidak langsung akan mengubah iklim politik di Perak jika perbicaraan tersebut akan berpihak kepada PR.
'BERSUARA' DALAM MESYUARAT PARTI!!! Tukang kebun dibelasah di hadapan Pejabat Penyelaras UMNO
Adakah berita kes yang sama dengan berita di bawah?
KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun di sebuah agensi kerajaan negeri tidak menyangka tindakannya ‘bersuara’ di dalam mesyuarat sebuah parti politik yang dihadiri membawa padah apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan lelaki.
Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Penyelaras Umno Dun Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 1.50 petang, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa, 47, dikatakan telah menghadiri mesyuarat kecil yang dianjurkan sebuah parti politik di lokasi berhampiran.
“Bagaimanapun difahamkan semasa mesyuarat tersebut, telah berlaku pertengkaran mulut disebabkan ada yang tidak berpuas hati berhubung beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan dan berlarutan sehingga tamat mesyuarat, katanya kepada pemberita, semalam.
RATU ROCK MALAYSIA!!! Sudah tidak mahu pakai seksi , sedia berhijab
RATU
Rock Malaysia, Ella memberitahu sejak mendirikan rumah tangga lebih
setahun lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali, kehidupannya kini lebih
banyak terluang dengan keluarga.
Berkongsi mengenai alam rumah tangganya,
Ella mengakui suaminya itu banyak menasihati serta mendidiknya ke arah
kebaikan termasuklah cara pemakaian.
“Sejak berkahwin, rutin saya sudah
berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan
saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal
jariah.
LULUS JUDI!!! UMNO, PERKASA, ISMA selar tindakan kerajaan DAP luluskan 22 permit Cabutan Khas 4D?
KUALA LUMPUR 7 JAN: DAP menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan
22 permit Cabutan Khas 4D kepada setiap syarikat nombor ramalan (NFO) di
Semenanjung Malaysia untuk tahun 2014.
Kelulusan itu membabitkan 22 hari Selasa sepanjang tahun ini, yang mana syarikat perjudian akan mengadakan cabutan khas secara serentak bagi tiga syarikat besar.
Tiga syarikat itu adalah Magnum, Dmacai dan Sports Toto, sekali gus menyaksikan pertambahan 66 hari cabutan khas untuk Semenanjung Malaysia.
Bagi Sabah dan Sarawak, jumlah cabutan adalah lebih banyak kerana terdapat tiga lagi syarikat perjudian NFO yang beroperasi.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menegaskan, kerajaan pusat perlu membatalkan semua permit itu bagi membuktikan tidak bergantung kepada hasil aktiviti perjudian.
Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan tidak rasional itu adalah langkah ketandusan idea kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menambahkan hasil cukai.
FITNAH ANWAR!!! Seorang, seorang tukang fitnah tarik balik kenyataan fitnah
Penarikan balik kenyataan tersebut dibuat Chandra di Kamar 3, Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada pendengaran kes saman RM10 juta yang difailkan Anwar terhadap Chandra lebih 5 tahun lalu.
60 POLIS DISIASAT RASUAH!!! Dapat pulangan RM 10 hingga RM 50 ribu sebulan
Aduan yang dibuat oleh anggota polis yang tidak puas hati dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enam bulan lalu menghasilkan penyiasatan ke atas kira-kira 60 anggota polis yang dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah.
Operasi anti-rasuah, salah satu yang terbesar sejak kebelakangan ini, adalah usaha bersama antara SPRM, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.
Seorang pegawai kanan SPRM memberitahu The Malaysian Insider, semua yang terlibat adalah anggota polis yang berpangkalan di Kuala Lumpur, dan mereka disyaki menerima rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara.