Thursday, February 6, 2014
SURAT PALSU!!! Warga emas mengaku hantar surat ke pejabat Speaker Perak
IPOH: Misteri penghantar surat palsu mengenai pengumuman keluar parti ADUN Hutan Melintang dari PKR, S. Kesavan terjawab selepas seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun mengaku menyerahkan surat tersebut.
Warga emas yang dikatakan aktivis PKR itu tampil memberi kenyataan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Khamis.
Warga emas yang menetap di Seri Kembangan itu dikatakan telah diupah untuk menyerahkan surat tersebut ke pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika menghadiri satu program politik di Kajang.
TUNGGU DUA BULAN LAGI!!! Ada yang akan hilang sabar, UMNO akan hadapi masa kritikal
KUALA
LUMPUR 6 FEB: Perpecahan dalaman Umno akan bertambah kritikal dan lebih
jelas dalam masa dua hingga tiga bulan lagi, kata Datuk Tamrin Abdul
Ghafar.
Bekas ahli parlimen Batu Berendam itu berkata, ini kerana wakil rakyat BN tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Memang ada ahli Umno yang terkilan dengan kepimpinan Najib sekarang.
“Beberapa ahli parlimen Umno sendiri sudah mula merasakan BN mungkir janji dan manifesto. Minyak, tol dan barangan semuanya naik harga,” kata Tamrin kepada Keadilandaily.
KONON NGO ISLAM!!! Perangai bukan sahaja memalukan Islam, UMNO pun tak mengaku umat
KUALA LUMPUR 6 FEB: KEADILAN menyelar tindakan melampau dilakukan
sekumpulan NGO menamakan diri sebagai ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’
menyembelih ayam dan melumurkan darah ke atas kain rentang yang
terpapar gambar pemimpin DAP dan KEADILAN.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, tindakan mengapi-apikan sentimen perkauman ini tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang melabelkan diri mereka sebagai NGO Islam.
“Kononnya NGO Islam tetapi sikap yang ditunjukkan langsung tidak Islamik,” kata Fahmi kepada Keadilandaily.
Kata Fahmi sekiranya tidak bersetuju dengan sesuatu pandangan, bantahan yang dibuat haruslah dengan berhikmah ataupun melaui percakapan yang bersopan, bukannya melumurkan darah ayam ke atas gambar pemimpin Pakatan Rakyat.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, tindakan mengapi-apikan sentimen perkauman ini tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang melabelkan diri mereka sebagai NGO Islam.
“Kononnya NGO Islam tetapi sikap yang ditunjukkan langsung tidak Islamik,” kata Fahmi kepada Keadilandaily.
Kata Fahmi sekiranya tidak bersetuju dengan sesuatu pandangan, bantahan yang dibuat haruslah dengan berhikmah ataupun melaui percakapan yang bersopan, bukannya melumurkan darah ayam ke atas gambar pemimpin Pakatan Rakyat.
UMNO DOK DIAM-DIAM!!! Ketua Pemuda MCA bakal calon BN Dun Kajang
MCA akan menamakan pemuda parti itu sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi melawan calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac akan datang.
Akhbar Berita Harian melaporkan parti itu sudah menyenarai pendek tiga
nama potensi calon termasuk Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon dan bekas
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin
Paduka Chew Mei Fun.
Bagaimanapun, sumber memberitahu akhbar tersebut Chong merupakan calon
pilihan parti itu berdasarkan sokongan politik dan kehendak pengundi di
kawasan berkenaan.
"Calon yang akan menjadi taruhan daripada Pemuda MCA, namun tidak dapat
dipastikan sama ada ketua pemuda MCA sudah mula menggerakkan jentera
untuk bertemu pengundi kawasan itu," kata sumber itu dipetik daripada
akhbar berkenaan.