Ahli
Perniagaan, Chia Thien Foh atau lebih dikenali sebagai Micheal Chia
dikenakan hukuman penjara setahun dan satu sebatan selepas disabitkan
bersalah dalam skandal penipuan bernilai RM 2.5 juta sepuluh tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus semalam memutuskan pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan mensabitkan tertuduh bersalah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.
Ketika memberi alasan penghakiman, Elsie menyatakan dalam kes ini saksi telah menyatakan bahawa tertuduh telah meminta wang daripadanya untuk pengeluaran surat membalak di mana salah satu sebab ialah sebagai wang dana politik kepada parti Umno.
Bagaimanapun menurutnya perkara ini sememangnya akan menjejaskan imej parti politik tersebut kerana saksi pendakwaan telah mengesahkan bahawa Parti Umno tidak memohon dana politik tersebut. Pendakwaan SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Joyce Blasius.
Mahkamah telah membenarkan permohonan peguambela tertuduh, Rowiena Rashid untuk membuat penangguhan perlaksanaan hukuman sementara membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.