Wednesday, March 5, 2014

GOSSIP PANAS!!! Ku Nan dengan Erra Fazira, jangan lepas ni betul pulak!!

Dengan tidak semena-mena tiba-tiba muncul gossip mengenai hubungan yang dikatakan sudah terjalin antara Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dengan aktress yang belum habis edahnya, Erra Fazira. 
 
Sampai ke tahap mana hubungan mereka atau ia betul-betul hanya khabar angin tidaklah diketahui, tetapi kedua-duanya pantas menafikan adanya hubungan itu.

Tengku Adnan yang lebih mesra dengan Ku Nan apabila ditanya mengenai gossip yang berlegar itu segera menafikannya. Menurut Ku Nan, beliau adalah lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinannya.

Erra pula kemudiannya turut menafikan beliau mempunyai hubungan atau mengenali Ku Nan, malah terkejut dan mengatakan beliau tidak pernah mengenali pun Setiausaha Agung UMNO dan Ahli Parlimen Putrajaya itu.

TERJUN JAMBATAN BARU!!! Anak saudara Timbalan Menteri berjaya diselamatkan

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri menjadi orang pertama bertindak terjun daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.


Menurut Lai Fah Hin lagi, mangsa dikatakan terjun daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang baru dirasmikan Sabtu lalu dengan niat membunuh diri.

PEGUAM UMNO MENIPU!!! Satu laporan polis telah dibuat bekas pegawai kanan polis

MAT_ZAINKUALA LUMPUR 5 MAC: Bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis terhadap peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menipu.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Shafee melakukan kesalahan apabila menyembunyikan bahan bukti dari perbicaraan yang kemudiannya menyebabkan satu kenyataan bersumpah (SD) Mat Zain tidak dapat diterima.

Menurut Mat Zain, Shafee telah membuat penegasan bahawa terdapat percanggahan nombor kad pengenalan Mat Zain dalam writ saman dengan SD Mat Zain.


“Shafee seterusnya mendakwa saya telah memanipulasi SD saya untuk menyembunyikan atau mengelirukan mahkamah berkaitan iddentiti saya.


“Shafee selanjutnya menghujahkan bahawa akibat daripada percanggahan nombor kad pengenalan yang disengajakan menjadikan SD saya sebagai satu dokumen yang tidak bernilai.


INILAH MUKA!!! Ustaz UMNO yang fitnah perwakilan muktamar PAS langgan pelacur


Mat Sabu pembekal pemuas nafsu di Muktamar??? Kalau bab seks, bab lucah, bab censored, UMNO-BN tetap juara DULU KINI DAN SELAMANYA.. 


Video ucapan Ustaz Boroi boleh didapati di http://www.youtube.com/watch?v=nD_yoOySC3o yg diuploadkan oleh Bro Minaq jinggo


Tapi macam biasa.. Gerombolan Ketuanan Melayu ‪#‎kangkung‬ pejuang Kalimah Allah yg duk cium keris kontot siang malam akan percaya buta buta. Malah dengan bangganya akan sebarkan cerita ini dan dengan bangganya juga akan ditokok tambah supaya cerita akan jadi lebih REAL dari yg REAL..