Tindakan Kementerian Dalam Negeri semalam mengharamkan buku Ultraman The
Ultra Power atas alasan buku tersebut mengandungi unsur-unsur yang
mungkin memudaratkan ketenteraman awam telah dijadikan bahan jenaka di
media sosial dengan rata-ratanya menyindir dan mengeluarkan pelbagai
tafsiran di sebalik tindakan kerajaan itu.
Oleh kerana KDN tidak menyebut secara jelas sebab-sebab pengharaman itu,
maka semua orang membuat pelbagai andaian sendiri mengenainya. Ada yang
memberi hujahan serius, namun kebanyakannya lebih berbentuk sindiran
atau lawak jenaka kerana siri Ultraman sendiri adalah karya animasi
daripada Jepun yang begitu diminati oleh kanak-kanak.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sendiri menyoal keputusan KDN itu
dengan bertanya, "Apa salah Ultraman?" manakala bekas Ahli MT UMNO,
Saifuddin Abdullah jelas tidak bersetuju dengan tindakan KDN itu dengan
menulis di twitternya, "saya dari dulu tak setuju dengan kecenderungan
mengharamkan buku. Kalau tak setuju, tulis buku lain untuk bidas."
PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dikejutkan dengan tindakan biadab seorang individu yang tidak dikenali memberikan sebiji telur busuk yang kemudiannya pecah ketika mereka bersalaman.
Kok berkata, lelaki itu menegurnya selepas beliau memberi penjelasan berhubung video kontroversi Tahun Baharu Cina 'Onederful Malaysia' pada
ceramah di Permatah Pauh, dan bersalaman dengan sebiji telur di telapak tangannya.