Friday, March 7, 2014

SEJARAH KEJAM TERANCANG!!! Anwar dihukum 5 tahun penjara sehingga berakhir PRU 14


6.46pm: Balia berkata mahkamah menjatuhi hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

6.25pm: Hakim Balia selepas berunding dengan dua lagi hakim menyoal sekiranya pembelaan selesai merayu untuk meringankan hukuman.

Karpal berkata beliau tidak mengenepikan hak untuk membuat rayuan tersebut.


Shafee pula berkata, sekiranya terdapat keadaan tertentu, pendakwaan tidak akan membantah.


6.20pm: Pendakwaraya Shafee berkata laporan perubatan boleh dijadikan “pengurusan selanjutnya” untuk kes tersebut.

Katanya, hukuman adalah ke atas ke atas kesalahan terbabit.


Balia menyoal sekiranya terdapat mitigasi lain.

Karpal menegaskan bahawa pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan laporan perubatan.


“Kesemua perkara ini perlu dimasukkan ke dalam rekod. Tiada gunanya menggesa-gesa perbicaraan ini,” katanya.

POLIS KETATKAN KAWALAN!!! Sejarah kejam berulang, Wan Azizah dan anak-anak menitis air mata


5.15pm: Penyokong Anwar semakin ramai berkumpulan di perkarangan pintu belakang. Kalangan penyokong itu melaungkan "reformasi" dan "bebas Anwar!" beberapa kali ketika Tian Chua dan Azmin Ali tiba.

Kira-kira 40 orang penyokong berkumpul manakala anggota polis kawal ketat laluan masuk pintu belakang itu.

5.23pm: Wan Azizah dan anak-anaknya dilihat mengalirkan air mata.

Anwar berkata kejadian pada 1998 kini berulang apabila mahkamah juga mendapati beliau bersalah pada jam 5 petang.

"Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi," katanya.

5.11pm: Justice Balia berkata, “Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam.”

Anwar bangun dan berkata, “Kita jalankan (mitigasi) sekarang.”

5.08pm: Karpal membalas, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain.

“Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik,” katanya.

5.06pm: Shafee membantah dan berkata rayuan telahpun tertangguh.


5:03pm: Karpal memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan.

TERKINI !!!! Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar bersalah



Akhirnya mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan sdr Anwar Ibrahim BERSALAH

SEBULAT SUARA!!! Majlis Presiden Pakatan sokong Tan Sri Khalid menstruktur semula industri air di Selangor

KUALA LUMPUR 7 MAC: Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menstruktur semula industri air di Selangor, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan 6 Mac lalu, Abdul Khalid memberikan penjelasan kepada pimpinan tertinggi parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan saya sendiri.

“… pimpinan tertinggi Pakatan mencapai persetujuan bahawa Kerajaan Selangor di dalam konteks penstrukturan industri air ini akan terus mendapatkan maklum balas daripada satu jawatankuasa khas Pakatan yang diwakili Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad,” kata Anwar dalam kenyataan hari ini.