Monday, March 17, 2014

HILANG LAGI!!! Kali ini 4 pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar hilang

Doakan semoga 4 pelajar Kolej Vokasional K. Kangsar yang hilang di Gunung Bubu, Ulu Kenas, Daerah Manong, Perak ditemui semula. 
3 pelajar lelaki dan seorang perempuan itu mendaki bersama 20 rakan dalam ekspedisi memanjat gunung dan didapati hilang berhampiran Sg. Gading. 
Turut membantu dalam operasi mencari ini adalah Jabatan Amal Perak. 
Tuan Haji Razman Zakaria, Pesuruhjaya Pas Perak turut berada di lokasi pencarian.
Mereka telah hilang lebih 24 jam yg lalu
.
Disaat rakyat di Malaysia masih memikirkan tentang Pesawat MH370 yang sudah lebih seminggu hilang,hari ini rakyat Perak digemparkan dengan kehilangan 4 pelajar....
Empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar dilapor hilang, dikhuatiri sesat ketika menuruni Gunung Bubu, Ulu Kenas di Kuala Kangsar, dalam kejadian petang semalam. 

Mereka ialah Muhammad Putera Rafii, Adam Asraf Azman, Muhammad Amir Asyraff dan Siti Azimah Mohd Fitri yang kesemuanya berusia 17 tahun, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus.

BAS JATUH GAUNG!!! 1 Maut, 2 parah di KM 301.5 Lebuhraya Utara Selatan

 SEBUAH bas ekspres yang menghala ke utara terjunam ke dalam gaung di KM301.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat Gua Tempurung menyebabkan seorang maut dan dua parah dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang tadi. - Foto BHOnline

MAKLUMAN OPERASI MENYELAMAT KEMALANGAN JALANRAYA

DAKWAAN AMERIKA RAMPAS PESAWAT!!! Pesawat MH370 ‘disorok’ di Diego Garcia?

Diego_Garcia_BSFSHAH ALAM 17 MAC: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang masuk hari kesepuluh hari ini didakwa ‘disembunyikan’ di Diego Garcia, pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Menurut portal Cabal Times, sekiranya spekulasi pesawat itu terbang ke pangkalan tentera AS di Diego Gracia adalah benar, radar Indonesia sudah pasti mengesan kedudukan pesawat tersebut.

Menurut portal itu, sekiranya pesawat mengalami masalah teknikal, juruterbang seboleh-bolehnya akan cuba mendarat dengan selamat di laut dan tidak akan berpatah balik ke Malaysia.

Cabal Times dalam laporannya mendakwa AS melakukan ‘rampasan pesawat’ itu adalah kerana MH370 membawa sejumlah besar rakyat China dan AS mahu mengeruhkan hubungan Kuala Lumpur dan Beijing.

Diego Garcia adalah pangkalan tentera Amerika Syarikat yang mempunyai landasan kapal terbang yang membolehkan pesawat besar mendarat dan mempunyai kemudahan untuk ‘menyorokkan’ daripada pandangan satelit.