Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata
pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370
telah "berakhir di Lautan Hindi".
Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah
"berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit
Inmarsat.
Bagaimanapun,
pengumuman telah membangkitkan kemarahan dikalangan keluarga penumpang
China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut
ditemui.
PARIT BUNTAR - Seorang bekas pesara tentera bersama dua rakannya
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan
merusuh dan merosakkan harta benda dengan menggunakan senjata berbahaya
di rumah bekas Adun Selinsing, Datuk Zaili Cha, 20 Mac lalu.
Mohamad Nazaimi Ngatijoh, 41, yang merupakan pesara tentera berpangkat
sarjan bersama Kamarudin Kassim,46, dan Mohd Nor Azrie Mohd Azmi, 30,
didakwa melakukan perbuatan itu bersama beberapa individu yang masih
bebas pada jam 11.30 malam bertempat di rumah Zaili di Taman Seri
Semanggol, Simpang Empat Semanggol mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan
yang membawa penjara lapan tahun atau denda.
Ketiga-tiga tertuduh turut didakwa menggunakan senjata berbahaya
seperti pedang, parang dan kayu sewaktu rusuhan berlaku pada hari dan
tempat sama.
Presiden (2 calon)
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Presiden (6 calon)
1) Mohamed Azmin Ali
2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
3) Tian Chua
4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail
5) Datuk K Rama
6) Ganusegaran
Naib Presiden (16 calon)
1) Fuziah Salleh
2) N Surendran
3) Rafizi Ramli
4) Nurul Izzah Anwar
5) Mustafa Kamil Ayub
6) Baru Bian
7) Mansor Osman
8) Suresh Kumar
9) Elizabeth Wong
10) Dr Shamugan
11) Shamsul Iskandar Mohd Akin
12) Mohd Yahya Sahri
13) Lee Chin Cheh
14) Dr Sritaram
15) Dr Xavier Jayakumar
16) Tian Chua