Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata
pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370
telah "berakhir di Lautan Hindi".
Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.
Bagaimanapun,
pengumuman telah membangkitkan kemarahan dikalangan keluarga penumpang
China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut
ditemui.
Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.
PARIT BUNTAR - Seorang bekas pesara tentera bersama dua rakannya
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan
merusuh dan merosakkan harta benda dengan menggunakan senjata berbahaya
di rumah bekas Adun Selinsing, Datuk Zaili Cha, 20 Mac lalu.