SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan
hari ini berbalas tembak di kawasan sempadan perairan yang dipertikaikan
dengan pihak tentera Korea Selatan mengatakan ia bertindak balas
terhadap bom yang jatuh ke kawasan perairannya dari kawasan latihan
tentera Korea Utara.
"Sebahagian daripada bom yang dilepaskan
oleh Korea Utara jatuh ke kawasan kami dan kami membalasnya dengan
tembakan," kata jurucakap ketua turus angkatan tentera Korea Selatan
kepada AFP.
Tidak ada sebarang petunjuk kedua-dua pihak mensasarkan sasaran tertentu.
Pihak berkuasa di Pulau Yeonpyeong dan Baengnyeong memaklumkan penduduk
terlibat sudah dipindahkan ke tempat perlindungan sebagai langkah
berjaga-jaga.
Latihan menembak Korea Utara bermula pada pukul
12.15 tengahari waktu tempatan (11.15 pagi waktu Malaysia) dan pihak
Korea Selatan membalas tembakan dalam masa setengah jam.
Keluarga, sahabat juruterbang MH370 nafi laporan Daily Mail
Keluarga juruterbang MAS, Kapten Zaharie Ahmad Shah menafikan ditemubual
akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu
mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370.
Shah menafikan
ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita
kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370.
Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan
sahabat Kapten Zaharie Ahmad Shah malam tadi berhubung laporan akhbar
tabloid Britain itu juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran
beberapa minggu sebelum pesawat hilang pada 8 Mac.
Juruterbang Malaysia Airlines itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia
selepas pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan
Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mendapati Kapten Zaharie tidak
boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui
apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya.
Akhbar tabloid Britain itu sebelum ini melaporkan Kapten Zaharie yang
bekerja dengan Malaysia Airlines selama 33 tahun dan pernah menerbangkan
pesawat selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah peribadi dan
merupakan penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar.