Monday, March 31, 2014

DAH NAK BERPERANG?!!! Korea Utara, Korea Selatan berbalas tembak di Laut Kuning


Korea Utara, Korea Selatan berbalas tembak di Laut KuningSEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan hari ini berbalas tembak di kawasan sempadan perairan yang dipertikaikan dengan pihak tentera Korea Selatan mengatakan ia bertindak balas terhadap bom yang jatuh ke kawasan perairannya dari kawasan latihan tentera Korea Utara.

"Sebahagian daripada bom yang dilepaskan oleh Korea Utara jatuh ke kawasan kami dan kami membalasnya dengan tembakan," kata jurucakap ketua turus angkatan tentera Korea Selatan kepada AFP.

Tidak ada sebarang petunjuk kedua-dua pihak mensasarkan sasaran tertentu.

Pihak berkuasa di Pulau Yeonpyeong dan Baengnyeong memaklumkan penduduk terlibat sudah dipindahkan ke tempat perlindungan sebagai langkah berjaga-jaga.

Latihan menembak Korea Utara bermula pada pukul 12.15 tengahari waktu tempatan (11.15 pagi waktu Malaysia) dan pihak Korea Selatan membalas tembakan dalam masa setengah jam.

Read more ...

DAILY MAIL BUAT DRAMA!!! Reka cerita, skrip yang tidak benar tentang Kapten Zahrie


Keluarga, sahabat juruterbang MH370 nafi laporan Daily Mail

Keluarga juruterbang MAS, Kapten Zaharie Ahmad Shah menafikan ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370. 


Shah menafikan ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370.

Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad Shah malam tadi berhubung laporan akhbar tabloid Britain itu juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat hilang pada 8 Mac.

Juruterbang Malaysia Airlines itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya.

Akhbar tabloid Britain itu sebelum ini melaporkan Kapten Zaharie yang bekerja dengan Malaysia Airlines selama 33 tahun dan pernah menerbangkan pesawat selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah peribadi dan merupakan penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar.

Read more ...