Saturday, April 5, 2014
TAK 'BIOL' KA ...BRAHIM ALI !!! Lompat Berjasa , lompat UMNO, lompat S 46, khianat logo PAS, tak boleh Bebas tubuh Perkasa
Tanpa angin dan tanpa ribut, tiba-tiba saja Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meluahkan kemarahannya kepada UMNO dan Pas yang disifatkannya gagal dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputera, sebaliknya asyik bertelagah sesama sendiri sehingga matlamat perjuangan itu menjadi terabai.
"Pemimpin kita banyak yang 'biol', patut dihantar ke Tanjung Rambutan. Apa yang bergaduh pun saya tak faham. Kereta besar, rumah besar, hidup mewah, mahu apa lagi?
"Semua ada, nak apa lagi? Yang kita tuntut sikit saja - kesatuan ummah dan memupuk silaturrahim. Kalau ini tidak dijaga, Melayu akan hancur," katanya dalam sebuah majlis di Puchong.
Dengan latar belakang politiknya sebelum ini, kalau Ibrahim Ali meluahkan kemarahan kepada Pas, ia tidaklah menghairankan kerana setelah berjaya meminjam logo Pas dalam pilihanraya 2008 dan kemudian "mengencing" parti itu dengan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil Bebas tetapi condong kepada UMNO dan BN, beliau mungkin sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Pas.
Beliau kemudian menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera tetapi langkahnya seringkali bersifat melampau sehingga tidak disenangi oleh banyak pihak. Dalam masa yang sama, kecondongannya kepada UMNO, BN dan kerajaan juga amat terserlah.
Tetapi setelah hampir diketepikan dalam pilihanraya 2013 lalu dan dikatakan hanya setelah adanya campurtangan Mahathir Mohamad yang menyaksikan calon UMNO di Pasir Mas tidak mengemukakan borang pencalonannya, barulah beliau menjadi calon Bebas yang disokong oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya umum lalu.
Beliau bagaimanaoun tewas kepada calon Pas, Nik Abdul Nik Abdul Aziz dan sejak kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu itu, beliau mulai agak kritikal terhadap UMNO, kerajaan dan Najib Razak meskipun sebelumnya Perkasa memperolehi banyak manfaat dan menerima bantuan kewangan untuk program-programnya daripada kerajaan.
Dalam beberapa isu, terlihat Ibrahim Ali dan Perkasa memuntahkan banyak serangannya terhadap Najib, UMNO dan kerajaan. Tetapi bila ada pilihanraya kecil, beliau selalunya berpatah balik menyokong Najib dan kerajaan serta menghalakan serangannya kepada pembangkang pula.
TEKANAN PR DALAM DUN!!! Akhirnya , kertas siasatan ke atas Raja Bomoh dibuka
[sinar]- KERAJAAN negeri melalui Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) telah membuka kertas siasatan berhubung insiden upacara ritual yang dijalankan seorang individu yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh di hadapan Menara Condong, Teluk Intan, Mac lalu.
Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Nizar Zakaria berkata, siasatan itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 9 (Ajaran dan Amalan Salah) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 oleh bahagian penguatkuasaan Jaipk.
Menurutnya, langkah itu tanda kepekaan kerajaan terhadap amalan perbomohan bercanggah dengan syariat Islam yang membawa kepada syirik.
“Perbuatan individu terbabit di hadapan Menara Condong itu menggemparkan umat Islam di seluruh negara khususnya di negeri ini, oleh itu kertas siasatan berhubung perkara ini telah dibuka,” katanya pada sesi penggulungan, semalam.