Saturday, April 5, 2014

TAK 'BIOL' KA ...BRAHIM ALI !!! Lompat Berjasa , lompat UMNO, lompat S 46, khianat logo PAS, tak boleh Bebas tubuh Perkasa



Datuk Ibrahim Ali mengatakan pertelagahan Umno dan PAS menyebabkan masyarakat Melayu berpecah-belah sekaligus memberi peluang kepada pihak lain mengambil kesempatan terhadap kelemahan masyarakat majoriti di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider.Tanpa angin dan tanpa ribut, tiba-tiba saja Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meluahkan kemarahannya kepada UMNO dan Pas yang disifatkannya gagal dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputera, sebaliknya asyik bertelagah sesama sendiri sehingga matlamat perjuangan itu menjadi terabai.

"Pemimpin kita banyak yang 'biol', patut dihantar ke Tanjung Rambutan. Apa yang bergaduh pun saya tak faham. Kereta besar, rumah besar, hidup mewah, mahu apa lagi?

"Semua ada, nak apa lagi? Yang kita tuntut sikit saja - kesatuan ummah dan memupuk silaturrahim. Kalau ini tidak dijaga, Melayu akan hancur," katanya dalam sebuah majlis di Puchong.

Dengan latar belakang politiknya sebelum ini, kalau Ibrahim Ali meluahkan kemarahan kepada Pas, ia tidaklah menghairankan kerana setelah berjaya meminjam logo Pas dalam pilihanraya 2008 dan kemudian "mengencing" parti itu dengan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil Bebas tetapi condong kepada UMNO dan BN, beliau mungkin sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Pas.

Beliau kemudian menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera tetapi langkahnya seringkali bersifat melampau sehingga tidak disenangi oleh banyak pihak. Dalam masa yang sama, kecondongannya kepada UMNO, BN dan kerajaan juga amat terserlah.

Tetapi setelah hampir diketepikan dalam pilihanraya 2013 lalu dan dikatakan hanya setelah adanya campurtangan Mahathir Mohamad yang menyaksikan calon UMNO di Pasir Mas tidak mengemukakan borang pencalonannya, barulah beliau menjadi calon Bebas yang disokong oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau bagaimanaoun tewas kepada calon Pas, Nik Abdul Nik Abdul Aziz dan sejak kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu itu, beliau mulai agak kritikal terhadap UMNO, kerajaan dan Najib Razak meskipun sebelumnya Perkasa memperolehi banyak manfaat dan menerima bantuan kewangan untuk program-programnya daripada kerajaan.

Dalam beberapa isu, terlihat Ibrahim Ali dan Perkasa memuntahkan banyak serangannya terhadap Najib, UMNO dan kerajaan. Tetapi bila ada pilihanraya kecil, beliau selalunya berpatah balik menyokong Najib dan kerajaan serta menghalakan serangannya kepada pembangkang pula.


Sebab itu, ramai yang berkata, lebih-lebih lagi yang mengenali Ibrahim Ali, serangannya kepada Najib, UMNO dan kerajaan hanyalah "main-main" dan untuk menarik perhatian saja. Hati, cinta dan kasihnya tetap kepada kerajaan yang sedang berkuasa.

Cuma, bila kali ini beliau meluahkan kemarahannya kepada UMNO dan Pas sekaligus dengan menuduh kedua-dua parti itu dipimpin oleh pemimpin yang 'biol', maksud muntahan perasaannya itu menjadi pelbagai. Dengan karektor politiknya, tiada yang pelik jika beliau mendakwa Haji Hadi dan lain-lain pemimpin Pas sebagai 'biol' tetapi tentulah agak pelik bila dalam masa yang sama, beliau juga mengatakan Najib, Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO turut sama 'biol' sedangkan pemimpin itulah yang sering dipertahan dan ditemuinya sebelum ini.

Kenapa baru sekarang disedari mereka itu 'biol' oleh beliau? Tidakkah beliau sedar bahawa UMNO pernah menganiaya dan menyingkirkannya sebagai pemimpin sebelum ini?

Walaupun bersandarkan kekecewaannya terhadap nasib Melayu dan Bumiputera yang masih terabai, serangan 'biol' ini tentulah lebih ditujukan kepada Najib dan lain-lain pemimpin UMNO kerana merekalah yang sedang berkuasa dan mempunyai lebih peranan untuk dimainkan.

Ada pula seorang rakan lama Ibrahim Ali bertanya, adakah sikapnya yang bertukar-tukar wadah perjuangan sehingga dicatat sebagai pemimpin Melayu yang paling banyak bertukar parti - daripada Berjasa, UMNO, Semangat 46, UMNO kembali, meminjam logo Pas, Bebas dan kini Perkasa - lebih 'biol' dari segala 'biol' kerana ia juga tidak menampakkan keinginan untuk memperjuangkan Melayu tetapi lebih kepada survival peribadi? (SH 06/04/2014)

No comments:

Post a Comment