KUALA LUMPUR, 11 Mac : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan beberapa ahli parlimen keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi wakil Bebas tidak membawa apa-apa erti sebaliknya menyuruh mereka berkubur bersama Umno.
Umno tidak mampu menyelamatkan politik mana-mana individu yang masih menaruh harapan kepada parti itu kerana ia bukan sahaja reput sehingga ke usus bahkan lumpuh segala anggota.
Amat malang bagi seseorang yang mahu lagi berkhidmat dengan Umno sedangkan semua orang tahu parti itu tidak layak memerintah ekoran kelemahan dari berbagai aspek.
Tindakan beberapa ahli Parlimen PKR itu merupakan pembersihan parti untuk mendapatkan kepimpinan yang lebih setia, kemas, bertrampilan dan berjiwa rakyat.
Barisan Nasional (BN) hanya nampak gagah di mata media tetapi pada hakikatnya rakyat tahu pengaruh mereka kian menjunam walaupun berbagai program dilancar umpamanya 'Juara Rakyat'
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terpaksa merancang progam kononnya mengembalikan untuk Umno kepada rakyat setelah menyedari parti itu sudah kian jauh di hati rakyat.
Yakin dengan pencapaian pemerintahan Pakatan Rakyat di empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan berbanding di waktu pemerintahan BN yang lebih kepada projek untuk kroni.
Apabila Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan tender terbuka, pihak yang risau dan bimbang ialah kepimpinan Umno sendiri kerana mereka acap kali mendapat habuan dari projek yang diperolehi semasa BN dahulu. ar_rawa
No comments:
Post a Comment