PARIT BUNTAR, 10 Ogos : Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan memberikan sumbangan RM 1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia di Pulau Pinang. Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa menyampaikan ceramah di Dataran Purnama, Kampung Kedah.
“ kerajaan negeri akan menyerahkan sumbangan sebanyak RM 1000 kepada waris warga emas yang mendaftar .
“ Sebelum ini, kerajaan negeri memberikan bantuan RM100 setahun kepada setiap warga emas di Pulau Pinang yang berumur 60 tahun ke atas yang layak melalui Program Penghargaan Warga Emas” katanya
Lim berharap rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda pemimpin Umno memburukkan kerajaan Pulau Pinang dengan tuduhan anti Melayu dan anti Islam.
“ Kerajaan Barisan Nasional yang menarik peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat tidak dituduh anti Islam. Sebaliknya Kerajaan Pakatan Rakyat yang menyalurkan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dituduh anti Islam.
“ Para huffaz di Pulau Pinang juga mendapat pengiktirafan dari kerajaan Pulau Pinang sebagai salah satu cara menghargai sumbangan mereka yang berjaya menghafaz al-Quran di negeri ini. katanya
Lim berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang adalah kerajaan yang mengutamakan rakyat.
“ Kita tegakkan prinsp 3P, iaitu perkasakan rakyat dengan ilmu pengetahuan, dengan masyarakat berilmu mereka boleh jaga hak, seterusnya, perkasakan hak kebebasan dan tanggungjawab rakyat dan ketiga perkayakan rakyat.
“ Walaupun keutamaan kita adalah rakyat , Umno akan tetap cakap saya pinggirkan Melayu, MCA cakap saya pinggir Cina, MIC cakap saya pinggir India. Tetapi yang pinggirkan rakyat Malaysia ialah Barisan Nasional. Jadi itulah perbezaannya” katanya
Seperti dijangka ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang ini telah menarik kehadiran lebih 2000 orang dari pelbagai kaum yang memenuhi ruang hadapan dan belakang pentas ceramah.
Turut berucap ialah Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin.
Kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang dikawal Unit Amal
Sebahagian orang ramai di hadapan pentas
Sebahagian orang ramai di belakang pentas
YDP PAS Parit Buntar berkata sesuatu kepada KM Pulau Pinang
Dr. Mujahid menyampaikan cenderahati PAS Parit Buntar kepada KM Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment