Thursday, November 11, 2010

Umno jual tanah Melayu tapi tuduh DAP


IMG_1467-1.jpg picture by paspb











PARIT BUNTAR, 11 Nov. : PAS Parit Buntar kesal dengan kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, pengakuan ADUN BN Pulau Betong Faris Saad mengenai sikap tidak amanah pemimpin Umno ini membuktikan bahawa Umno bertanggungjawab terhadap kehilangan tanah orang Melayu di Pulau Pinang.

Pengakuan ADUN Pulau Betong ini dibuat semasa menjadi ahli panel Debat Perdana ‘Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang : Apakah Jalan Penyelesaian’ di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang.

“ Selama ini Umno tidak henti – henti membuat dakwaan bahawa DAP mengambil tanah orang-orang Melayu di Pulau Pinang.

“ Hakikatnya , ADUN UMNO sendiri mengaku tanah orang Melayu berkurang bukan semasa zaman pemerintahan Pakatan Rakyat sebaliknya semasa zaman BN memerintah Pulau Pinang” katanya

Fakhrurrazi berkata, cadangan pemimpin Umno mengajak rakyat terutamanya orang Melayu 'tutup buku' kesalahan Umno yang menyebabkan penghakisan tanah orang Melayu di Pulau Pinang cukup dikesali.

"Mana boleh lepas tangan atau ‘ tutup buku’ dalam hal ini kerana ia membabitkan maruah bangsa dan agama.

“ Rakyat kena peka untuk mengajar kepimpinan yang bersalah dan menggangkat parti yang mampu mengambil alihan tugasan Umno, " kata beliau

Menurutnya, Umno Perak juga begitu lantang menuduh Dato’ Seri Nizar Jamaludin menjual hak Melayu semasa 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat .

“ Saya yakin kehilangan tanah orang Melayu di Perak banyak berlaku semasa pemerintahan BN di Perak selama lebih 50 tahun bukan semasa PR memerintah.

“ Pengakuan ADUN Umno ini mendedahkan sikap pentingkan diri kepimpinan Umno sehingga gagal mempertahankan tanah orang Melayu” katanya

Tambahnya, pemimpin Umno perlu mencerminkan diri sebelum menuduh pemimpin PAS menjual hak Melayu.

No comments:

Post a Comment