Monday, December 27, 2010

Dakwah kepada bukan Islam : Islam bukan agama ekstremis

Dakwah bukan Islam
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8wCFgxI_nfbC9PzKA8rfkHcagMp9xrmcWiU3OBaA9qXjVoCyFyHJ70gnrpTSjoNug9SGnYFKJyCJl9ZR2WOPxC8YOmxrGae-WvhLiPRzgJekkhiGHFDcZ6ciRwGIpQ57e_YMq4QISxtc/s1600/nik+aziz+nik+mat+01.jpg

KOTA BHARU, 28 Dis. : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan kepada pemimpin agama seperti ustaz dan ulama di negara ini agar tidak mengasingkan masyarakat bukan Islam seperti kaum Cina ketika berdakwah.

Menurutnya, pendekatan PAS untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR) dan menolak konsep Perpaduan Melayu yang dilaungkan oleh Barisan Nasional (BN) adalah kerana ingin menyebarkan agama Islam kepada semua kaum di negara ini.

“Sebelum ini kita hanya mengajar Islam kepada Melayu sahaja, ini tidak sihat, seakan-akan Cina ini makhluk lain.

"Dengan adanya perjuangan politik PAS, kita akan dekatkan masyarakat Cina dan kaum lain kepada Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Konvokesyen Pelajar-Pelajar Tahfiz al-Quran, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW membawa masuk masyarakat bukan Islam ke dalam masjid supaya mereka dapat memahami agama ini dengan lebih dekat.

Menurutnya, sama ada mereka menerima atau tidak perjuangan yang dibawa Islam tidak menjadi persoalan, kerana tanggungjawab sebenar sebagai individu Islam adalah menerangkan perjuangan sebenar agama suci ini.

Nik Aziz berkata, beliau sedia menerima jemputan bagi menghadiri majlis masyarakat bukan Islam selagi ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Baru-baru ini ada sami berkunjung ke rumah untuk menjemput saya bagi menghadiri majlis kahwin, saya kata kepada beliau, upacara agama (majlis kahwin) anak kamu jangan buat di hadapan saya, tetapi saya boleh hadir untuk meramaikan majlis, itu tidak mengapa,” katanya.SH

No comments:

Post a Comment