Monday, December 27, 2010

Rakyat perlu baca Buku Jingga

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/Image015-4.jpg?t=1277117165
PARIT BUNTAR, 28 Dis. : Rakyat perlu diberi penerangan dan kefahaman kandungan Buku Jingga yang dilancar semasa Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua di Pulau Pinang pada 19 Disember lalu.

Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, apa yang terkandung dalam Buku Jingga ini adalah sesuatu yang diluar jangkauan Barisan Nasional sendiri.

“ Pemimpin Barisan Nasional sendiri terkejut dan mengelabah apabila membaca kandungan Buku Jingga ini.

“ Sebab itulah mereka membuat kenyataan mengelirukan rakyat mengenai kandungan Buku Jingga ini , supaya rakyat tidak membaca kandungannya” katanya
Bahrain berkata, setiap anggota parti Pakatan Rakyat perlu menyebar luaskan kandungan Buku Jingga dalam apa jua cara kepada rakyat agar mereka memahaminya.

“Buku ini perlu diperkenalkan lebih awal kepada rakyat agar mereka memahami kandungan buku ini, yang akan menjadi realiti sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi pemerintah.

“Rakyat yang tidak mengetahui kandungan Buku Jingga ini akan menjadi mangsa putar belit pemimpin Barisan Nasional melalui media massa yang dikuasai” katanya

Menurutnya, Buku Jingga ini mengariskan rancangan jangka pendek dan jangka panjang Pakatan Rakyat mentadbir negara sekiranya diberi peluang mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

“ Buku Jingga ini menggariskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Dasar Bersama ini menggariskan iltizam Pakatan untuk mengalih hala negara dan bangsa ke arah landasan yang betul setelah dihantui salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman di bawah kerajaan Barisan Nasional.

"Kenapa Barisan Nasional mesti takut dengan kandungan Buku Jingga sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa rakyat sememangnya menyokong kepimpinan mereka. Apa yang jelas mereka gentar kerana kandungan Buku Jingga mencabar kewibawaan dan kredibilit mereka," ujarnya.

Bahrain berharap setiap anggota masyarakat seperti pimpinan masyarakat, pemimpin agama, pemimpin pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan membaca kandungan Buku Jingga berkenaan.

“ Jangan membuat keputusan menolak cadangan Pakatan Rakyat ini tanpa membaca kandungan Buku Jingga ini terlebih dahulu.

“ Negara kita mengamalkan demokrasi , setiap rakyat berhak mendapat peluang membacanya. Baca dahulu Buku Jingga ini, kemudian baru buat keputusan” katanya

No comments:

Post a Comment