Sunday, December 12, 2010

Pertahankan Pulau Pinang dari jatuh ke tangan pemimpin rasuah

Ahli DAP Digesa Main Peranan Pertahan Pulau Pinang

















GEORGETOWN, 12 Dis. : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyeru pimpinan DAP Pulau Pinang agar memainkan peranan yang sewajarnya bagi mempertahankan negeri itu pada pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Beliau berkata untuk merampas mana- mana pentadbiran sesebuah kerajaan negeri adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan usaha untuk mempertahankannya.

Justeru, Guan Eng berkata, masa depan pentadbiran negeri itu bergantung sepenuhnya kepada mutu kepimpinan setiap pemimpin DAP negeri itu.

"Ketika hendak menumbangkan Barisan Nasional(BN) dulu memang sukar, tetapi hendak kekalkan kuasa memerintah lagi susah (pada pilihan raya umum akan datang. Sama ada kita menang atau sebaliknya, ia bergantung kepada anda (ahli DAP)," beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen DAP Pulau Pinang tengahari tadi.

Hadir sama, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Konvensyen kali ini akan menyaksikan pemilihan parti bakal diadakan dengan seramai 88 ahli menawarkan diri bertanding untuk merebut 15 kerusi ahli jawatankuasa DAP negeri.

Guan Eng mendakwa Umno sering menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk berpolitik serta menutup pelbagai skandal mereka dengan mendakwa ia adalah ketuanan Melayu.

"Kenapa mereka tidak sebut Perkara 153 Perlembagaan Persekutujuan juga turut menjaga keistimewaan kaum lain iaitu ketuanan rakyat.

"Ia jelas menyebut bahawa 'Adalah Menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini," jelasnya.

No comments:

Post a Comment